Kenapa dalam dunia ni orang slalu je nampak kesalahan orang lain? ya,kalau benar pun seseorang tu melakukan kesalahan, kenapa mesti kita nak menunding jari mencari dan mempebesar kan segala kesalahan nya tu. Sepatut nya kita sebagai manusia yang mempunyai akal yang waras dan berperasaan seharusnya cuba mencari solution terhadap masalah tersebut.
Jangan kita ingat dengan marah,menyumpah dan sebagai nya,smua masalah yang terjadi dapat di selesaikan. Apa perassan kita jika orang lain pula yang menunding jari dan mencari kesalahan kita? Apa yang kita rasa jika kita terus2 di persalah kan sedangkan smua benda yang terjadi bukan kehendak kita sendiri. Semestinya orang beranggapan "alah..dah dia wat benda tu..mesti la dia suka.kalo tak takkan la dia nak wat kan.." ini lah ayat2 cliche yang slalu di cakap kan oleh orang2 kt luar sana.
Tapi adakah betul apa yang di lakukan orang itu atas dasar suka???adakah anda2 yang bercakap begini sudah pasti dengan smua itu. Sebenar nya, sesuatu yang kita lakukan belum tentu datang dari rasa suka dalam diri. Contoh nya jika sekarang anda menjadi seorang polis,belum tentu anda suka pekerjaan itu kan? Mungkin anda menjadi polis kerana peluang kerja yang terhad dan itu sahaja rezki kerja yang ada untuk anda.
Senang cakap, kadang2 sesuatu yang terjadi tu adalah suratan. Ya,memang la kita ada hak untuk memilih apa yang kita suka.Tapi kalo pilihan yang kita ada itu sangat terhad atau mungkin juga kita tidak mempunyai pilihan lain.Bagaimana pula itu???
Apa yang boleh saya cakap, kita jangan sesekali mempersoal kan kenapa orang itu melakukan sesuatu even itu ada lah kesalahan melainkan kita betul2 tahu kenapa smua nya jadi begitu. Kalau lah smua orang mempunyai pilihan yang baik dalam hidup mereka, tentulah aman dunia ni kan.
Jangan mudah menunding jari ke arah orang lain kerana 1 jari kita menunding ke arah mereka, 4 jari lagi menunding smula ke arah kita.
No comments:
Post a Comment