petua rangers..

Hai Uolssss.... suda lunch ke belom? Hope u olss smua da lunch lah ye..

 This afternoon i olss nak share2 petua la plak. Heheehe..dok rajin google2 tadi kan. macam banyak je petua org2 lama ni yang leh diamalkan untuk mendapat tubuh badan yg sihat dan rupa paras yg Insyaallah..cantik. Tapi kalo boleh, biarlah cantik tu datang sendiri dari dalam hati ye. Jangan propa je lebih.. :)

Petua pertama kita is : Awet Muda.. [ sure ramai yg nak tau petua nye kan?meh baca ni..]

Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:
  • Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
  • Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.


Petua kedua pula is : Mengelak dari rambut gugur.. ( cara 1 ni memang i olss tengah cuba.hehehe )

  1. Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
  2. Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
  3. Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.
  
Petua ketiga pula is : Meluruskan rambut.. (tak payah dah dok p wat iron kt saloon.guna je cara sihat) :)



Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.


Haaa...amacam u olss.. sekali si rangers kasi petua daaa.. tapi rasanya macam aritu ada je i olss kasi petua camne nak ada lesung pipit kan.. rasanya dalam entri NI kot..haa..betul2..entri ni la.. kalo sape2 yg tingin nk ada lesung pipit macam i olss..cuba la petua ni.kot2 menjadi ke kan..hehehe..


Selamat Mencuba...


p/s: kredit petua di atas to : laman petua nenek


~~ C.H.O.W ~~

3 comments:

Abang Jonni said...

huhuhu... walaupuyn aku dah tua... tapi nampk cam 18...

percaya x? percya x?
harharharhr...

msredcheesecake said...

cik dya,

msred datang dari blog mummylovers...salam kenal...

kene try petua no 2 tu.rambut msred slalu gugur 1000 helai sari...keeheeee takut bbotak!!!

DyaMohd said...

bangjonni: harharhar..gua cuba pecaya nih..

msred: tenkiuu singgah sini..dya pun sama asyik gugur rambut je nih..