Selamat hari jadi abah...

P/S: no ayat GUA for this enrty. Tq!

Salam semua..

Hari ni is 14/04/2011.. setiap kali datang nye 14 Apr ni, sure aku dgn adik bradik yg lain hepi nak sambut ulangtahun kelahiran abah tercinta. Mesti kami wat surprise dengan ajak abah keluar makan ramai2. Pastu lepak2 tepi laut sambil sembang2 dan manja2 dgn abah...

Tapi pada harini, kami smua tak dapat merasakan smua tu lagi. Tak dapat lagi melihat air muka kegembiraan abah ketika makan beramai-ramai dan tiada lagi usik mengusik antara kami.
Pejam celik sudah hampir 2 tahun abah pergi meninggalkan kami semua. Terasa macam semalam je aku tido di atas paha abah dan masih terasa lagi seperti abah mengusap lembut ubun2 ku di samping menasihati ku agar tabah melalui liku2 hidup.

Teringat lagi wajah senyum abah..manis nye raut wajah itu apabila selesai di kafankan. Abah kelihatan tenang dengan semua ni. Mungkin abah gembira sebab abah tak perlu lagi menanggung kesakitan seperti sebelum nya. Abah pergi dengan begitu mudah dan aku besyukur segalanya di permudahkan oleh NYA.

Abah, kalau abah leh mendengar suara hati Adia, adia nak abah tau yg adia sangat2 sayangkan abah. Adia tak menyesal malahan redha dengan semua ni. Sebab ada hikmah di sebalik smua nya kan Abah.. Abah jangan susah hati, Adia akan jaga mak dan adik2 dgn sebaik yg Adia mampu. Tak kisah lah kalau Adia terpaksa korbankan kehidupan dan segala-galanya pun. Adia tetap akan lakukan.

Dan mungkin janji Adia ni adalah hadiah Hari Jadi yg paling bermakna untuk abah. Insyaallah.... Al Fatihah dan doa tak mungkin akan putus Adia sedekah kan untuk abah di sana. Tu je yg mampu Adia lakukan sebagai anak untuk abah sekarang ni...

Adia sayang sangat2 abah...semoga satu hati nanti, Allah akan pertemukan kita sebagai satu keluarga kembali di "SANA". Insyaallah....

Maaf kalau ada yg membenci aku letak pic free hair ni. Tapi ni je lah pic yg aku ada bersama Abah dalam PC ni. Sebab aku hanya bertudung setelah abah kembali kepadaNya. So,memang takde langsung pic aku bertudung dgn arwah abah. Dan pic ni jugak adalah pic raya terakhir aku bersama arwah abah.. :(

2 comments:

Taufan Bin Ribut said...

mood bertukar jap bace entri dya kali ni..smoga allah merahmati roh arwah ayah dya disana..amin..al fatihah juga saye sedekahkan sebagai hadiah..al fatihah..

Abang Jonni said...

AlFatihah.....