TeTeK!!!!

Masa jalan2 pi Tesco sg.dua baru2 ni kan.Aku bawak la anak sedara aku pi skali.Kira bawak jalan2 la even kat Tesco je pun.heheheh. Dah penat2 jalan tu, aku blanja budak2 ni makan eskrim nak bagi depa dok diam2.
Dah dapat eskrim, aku parking depa kat kerusi tepi kedai Cosway tu.( ni kalo ampa2 yang biasa dok pi tesco sg.dua tau la mana tempat aku dok mrepek ni kan)

Tengok depa baik punya dok layan eskrim, aku pun curi2 la masuk kedai Cosway tu. Tengok ada apa yang best ka nak beli.Dok syok2 test pepium tu aku dengar orang dok gelak kuat2 kat luar kedai. Al-heran al-ajaib la i wokeh.Awat yang depa ni dok gelak ramai2 ni. Aku pun kepoh2 la pi ushar apa yang jadi. Aduhai..rupa-rupanya depa2 ni dok gelak kat anak sedara aku la.

Nak tau pasaipa depa dok gelak??? Anak sedara aku yang kecik Si Sufi tu dok nyanyi lagu TETEK.Siap nyanyi kuat2 pulak tu.hadoii la...wkaakaka..malu maklang dia ni wokeh..Dia leh nyanyi lagu tu pasai dia prasan blakang dia dalam kedai Cosway tu ada patung pakai corset. kan corset tu ada bra smua.Dia ni alergic skit bab2 nengok bra ni pasai dia dok menetek lagi dengan mak dia.So,bila dia nampak tu, 1st word yang dia jerit TETEK!!! pastu keluar lah lagu tetek dia.


patung tu pakai corset camni la.cuma aku tak sempat nak ambik gambar patung tu atas sebab2 kemaluan yang dah teramat dah time tu.huhuhuhu

hehehe.ni kakak dia kakngah dok pose2 eskrim.Nampak tak dinding putih kat blakang tu?Kat sebalik dinding tu la ada patung tu.Dok posing baekk punya dalam cermin.

Aku pun apa lagi,cepat2 lap mulut depa ni dengan tisu pastu tolak troli laju2 blah je dari situ.Sebelum blah tu tak lupa maklang yang vogue lagi comelss ini sempat melemparkan senyuman manis kat uncle2,makcik2 yang dok senyum2 gelak2 tengok kami tu. Ai al malu al segan wokeh that time..

Nak nengok budak kocik bernama Sufi Umairah itu??? jeng3...





ini lah dia.budak kocik yang pakai baju putih itu...

Akhir kata dari ku, lain kali jangan dok tinggal budak2 kecik ni dekat dengan baju2 tetek ka apa ke.muahahaha.... (^_^)

2 comments:

Heidi Shafiq said...

hahaha... comel giler.. tetek!! :P

DyaMohd said...

hihihihi..aah..comel jer... :)