Renungkanlah sedalam-dalam nya....
Adakah soal jodoh berkait rapat dengan keturunan??Tidak..Soal jodh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagaikan menati jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatan nya, jauh lah perjalanan kita. Ada orang jodoh nya cepat sebab jambatan nya simkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau usia itu telah digunakan untuk membina kecermelangan dalam hidup. Nayatankanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang.Insyaallah..Allah itu maha mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr.Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian hari.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka "aku pasti bahagia kalau mendapat ini." Hakikatnya,apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan,ia juga datang bersama masalah.
Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, "eee...bahagia nya orang tu.." Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita di timpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika kita terperangkap didalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah2 hingga mampu berada jauh di hadapan. Kita pun mengeluh,alangkah baik nya kalau kita yang menunggang motosikal tersebut dan cepat sampai ke tempat yang hendak dituju.Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta seperti kita.
Bukan semua yang kita sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia²nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
Meh kita sama2 renungkan..So,pada kaknam2 luar sana yang sebok dok tanya bila orang ni nak kawen,orang tu nak kawen.Siap ngutuk2 cakap tak laku la apa la kan....harap2 sedaq2 lah skit bila baca ni k.Belom tentu korang2 dah kawen,dan ada anak ngn laki sendiri,hidup korang dah lengkap. Jika Allah berikan umur yang panjang, ini bermaksud perjalanan hidup kita juga makin panjang.
Bawak2 lah beringat sama naaa.... PEACE & LOVE!!! (^_^)
No comments:
Post a Comment