Pose seksi duluuu before ai naik lori ye..Ai dah ada orang booking nak wat kenduri lusa ni..slamat tinggal olsss.kenang daku dalam doamu..
Kalau sebut je hari raya haji atau Qurban ni kan, sure smua dah terbayang2 lembu2 yang kena sembelih dan daging2 tu di bahagi sama rata untuk orang ramai. Tapi tau ke apa yang di maksud kan dengan qurban?
Meh baca ni..aku pun sebenar nya dah lupa apa pengertian Qurban ni.Tapi aku dah google tadi and nak share kat sini dengan korang2 smua k..ni aku amik pengertian yang paling ringkas dan mudah nak paham je.
( credit to: http://www.al-azim.com/haji/qurban/pengertian.htm)
Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
Ni pulak hukum2 melakukan Qurban mengikut mazhab Syafie:
HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN
- Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
- Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.
- Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.
- Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.
haaa...aku takleh tengok orang sembelih lembu qurban ni.sebab aku cian kat lembu tu.leh nampak woo lembu tu nangis2.
Ni je serba sikit info yang aku leh share dengan korang2 smua.Apa2 pun..pada yang nak pulang ke kampung tu,drive carefully and take a good care wokeh. Ha..to uang ada darah tinggi and coles lebih tu,jangan hover2 lak melantak daging baru tu ye.kang ada je yang berumah dalam spital nanti coz BP dah mencanak naik.muahahaha
SLAMAT HARI RAYA AIDILADHA UNTUK SEMUA!!!
No comments:
Post a Comment