Aku selalu dengar orang cakap terimalah dan cintailah orang yang mencitai kita dan bukan nya kita yang mencintai dia.Hurm..kadang2 bila aku duduk sorang2,aku terpikir gak ayat2 tu.Tapi betul ke camtu??? Semakin lama aku pikir,semakin aku dekat dengan jawapan nye. Yaa..aku dah menjumpai jawapan nya sebab aku kini semakin merasai apa yang di maksudkan oleh ayat2 tersebut.
Aku mula paham erti yang tersirat disebalik ayat2 itu.Memang pahit bila kita mencintai orang yang hanya mencintai kita hanya pada nama sahaja.Mungkin aku salah mentafsir.Mungkin juga aku salah memahami dirinya.Atau mungkin aku tak mengerti apa yang di inginkan oleh seorang lelaki dalam percintaan.Tapi dari cara perlakuan nya,itu sahaja yang dapat aku rumuskan.
Aku dah mencuba sedaya yang mampu untuk membuat nya bahagia.Tapi adakah apa yang aku lakukan belum cukup memadai untuk nya?Entah la..kadang2 aku rasa bosan dengan semua ini.Aku rindukan kehidupanku yang gembira sebelum kehadiran nya dulu.Aku tak salah kan dia dalam semua ni.Mungkin takdir cuba untuk mengajar aku agar menjadi lebih tabah dan sabar.Sabar????sabar ini sudah lama beraja dalam hatiku.cuma sampai bila ia akan bertahan aku sendiri tak pasti.Apa yang aku dapat lakukan sekarang hanyalah berdoa agar kesakitan permainan ini cepat berakhir. Dan pastinya aku jua harapkan ianya berakhir dengan kebahagiaan.
No comments:
Post a Comment