apa da jadi ni??

Smalam sampai je umah lepas balik keje, mak gua tanya " hang ada tengok brita dak?depa gaduh teruk tau"
Gua dengan muka blurr jawab "sapa gado??ceq tak tengok pun.." then mak gua cakap "takpa,hang tengok brita malam ni.Sure ada tunjuk lagi..
So,gua pun standby la depan tv.Nak tengok apa la yg mak dua dok habaq tadi kan. Tup2 ada pacik dok kecoh2 kat tv3 kata gerai depa kena roboh dgn MPSP. patu dia lak nak tolong kawan dia leraikan pergaduhan tu plak di lanyak oleh polis bantuan yg ada kat situ.Adoiii..apa suda jadi ni...??? So, ini lah brita yg mak gua sebok dok suruh gua tengok tu. Hurm..Penang oh Penang...


Gua bukan penyokong mana2 parti politik and masa PRU baru2 ni pun gua tak p undi.Siap tak register as pengundi pun. Gua rasa bln 12 taun lepas kot baru gua berdaftar. Hahahaha..teruk gila gua ni!
Ok,back to dat topic. Ekceli kat Penang ni kan,banyak sangat2 hawker stall ni. Tak kira hawker Chinese or Malay. Tapi kalau area island ni gua rasa majority hawker dia Chinese la. Tapi lepas je PRU yg lepas, afta DAP amik alih Penang ni, gua da banyak kali tengok or baca yang sungguh banyak gerai2 peniaga2 Melayu ni di robohkan oleh either MPPP or MPSP. Tapi kenapa??????

Persoalan ni la yang menjadi tanda tanya smua orang kat Penang ni termasok lah gua yang tak p undi ni..kenapa mesti gerai2 peniaga Melayu ni mesti di robohkan? sedangkan ada certain2 gerai tu yang dah lama beroperasi. Gua paham konsep peniaga2 kecil ni sebab adik gua sendiri adalah seorang Pegawai yang menjaga peniaga2 kecil di Majlis Perbandaran Kulim. Cuma selain dari perobahan gerai dan kekasaran, takde cara lain ke yang leh di gunakan atas peniaga2 kecil ni?
Kalau la cakap dorang ni bukak gerai menghalang traffic, gua rasa hawker stall chinese lagi teruk kot. sampai dok atas jalan raya. Elok jalan ada 2 line,sebab depa boh gerai,trus jadi 1 line. Tak kena roboh pun gerai depa.Elok je gua tengok depa dok niaga hari2. Kalau yg bukan orang Penang tapi penah jalan2 sini, sure agree dgn apa gua cakap ni.


haaaa..tengok ni..betoi kan gua cakap depa boh stall atas jalan terus?? gua tadak tipu punnnn...

So,to penguatkuasa majlis perbandaran, gua tau korang just jalankan tugas je. and gua pun tau selain dari jalan kan tugas, ada je selit2 yg korang amik. jangan nak tipu gua k..gua tauu.. and to pihak yg berkuasa, kalo ada cara lain yg lebih baik, gunakan lah. malu sangat2 kalo orang negara luar tengok benda kecoh2 camni..kan orang Malaysia ni baik,berbudi bahasa.tak suka gadoh2..  (^_^)

2 comments:

Dude Mohd Iqbal said...

I love your insightful thought! Thanks for posting it!

DyaMohd said...

ur most welcome dude.. :)