kita nak jadi parents yg sengal atau parents yang terbaik?

Setiap parents kat dunia ni sayang akan anak masing-masing, Takde rasanya ibu dan ayah yang waras kat dunia ni yang tak sayangkan anak-anak mereka dan sanggup lakukan apa saja untuk anak-anak.

Tapi perlu kah kita menjadi ibu ayah yang hanya tunduk dan percaya akan cakap anak-anak tanpa soal selidik yang sah? Jika anak pulang ke rumah dan menceritakan tentang kejahatan dan keburukkan rakan karib nya. Kita sebagai orang tua hanya menyokong dan melarang anak kita berkawan dengan kawan yang dikatakan "teruk" itu. Tapi adakah cara kita itu sudah cukup betul??????  Mengapa kita tak selidik sahaja apa yang di ceritakan oleh anak kita itu dahulu. Sedangkan anak kita juga selalu bercampur dengan kawan yang teruk itu. Tak terlintas kah di hati kita bahawa, besar kemungkinan anak kita juga berkelakuan seperti itu. Anak kita juga melakukan kejahatan dan keburukan yang sama dengan rakan nya itu dan disebab kan takut rahsia nya terbongkar, dia bertindak dengan lebih pantas menceritakan keburukkan orang lain untuk menutup kejahatan nya juga.

Tidak smua anak-anak yang baik di rumah seperti calon-calon imam muda itu akan baik kelakuan nya di luar dan dibelakang ibu bapa. Dan  jika ada yang memberitahu tentang anak anda,jangan cepat melatah mengatakan anak anda itu adalah anak yang terbaik. Bukan hanya itu sahaja,anda juga membuka dan menjaja cerita keburukkan orang lain yang cerita itu di bawa oleh anak anda sendiri tanpa anda sendiri tahu kesahihan cerita tersebut.

Sebalik nya, terimalah  segala tuduhan orang ke atas anak anda dengan tenang dan siasat lah. itu yang sebaik nya dari kita melatah dan tetap mempertahan kan anak kita itu bak watak dalam filem ANAK KU SAZALI....

Selidik lah aktiviti,sikap dan perangai anak-anak ketika mereka di luar. Jangan hanya percaya bulat-bulat pada mereka. Jika mereka kata A, kita sebagai ibu bapa pun ikut katakan A. Jika mereka di tuduh memukul orang, dan mereka menafikan nya sedangkan ada bukti-bukti kukuh, kita sebabgai ibu bapa turut menentang tuduhan itu.tetap mempertahankan anak-anak yang bersalah ini kerana percaya anak kita tak seperti itu.
Tanpa kita sedar, di situlah salah kita. Punca anak-anak semakin liar dan berani melakukan apa saja kerana mereka tau ibu dan ayah mereka sentiasa percayakan mereka dan akan tetap melindungi mereka.
Apa kita mau anak-anak kita rosak masa depan nya atas kesalahan yang kita sendiri lakukan tanpa sedar???? Sayang anak tangan-tangan kan lah..Bukan sayang anak hanya percaya 100% pada mereka.

" sapa yang berak tengah jalan mau ngaku kan???? " 


Begitulah dengan anak-anak zaman sekarang. selagi apa yang mereka buat di percayai oleh keluarga,selagi itu lah mereka akan bertindak sesuka hati lakukan apa saja. Sebagai ibu bapa, buka lah minda anda. Jangan berada di satu tahap pemikiran sahaja kerana anda la pemusnah masa depan anak-anak anda jika anda terus-terusan berfikiran begini.

"BIAR ORANG CERITA KEBURUKAN ANAK KITA DAN KITA CARI APA SALAH NYA AGAR DAPAT KITA BETULKAN SEGALA KESALAHAN ITU DARI KITA HANYA NAMPAK ZAHIR NYA YANG BAIK DAN TERLUPA SETIAP MANUSIA PASTI LAKUKAN KESILAPAN. 
JIKA KITA BERJAYA MEMBAIKI SEGALA KESILAPAN NYA,KITA TELAH MENJADI IBU AYAH YANG BERJAYA MENDIDIK. TAPI SEKIRANYA KITA TIDAK DAPAT MENERIMA APA YANG ANAK KITA LAKUKAN DAN TETAP MENGANGGAP MEREKA BAIK, TERUSKAN LA HIDUP DALAM PENIPUAN DAN KEJAHATAN MEREKA..."

p/s: even CR tak kawen dan belum ada anak lagi. tapi nukilan ini ikhlas dari hati CR selepas apa yang CR lalui dan pengalaman CR sendiri berhadapan dengan jenis ibu bapa yang terlalu percayakan anak-anak mereka....

~~ C.H.O W ~~
CikRangers(CR)

2 comments:

kopisoda said...

anak-anak zaman sekarang ni tak sama seperti yang dulu.

banyak bimbingan yang perlu diberikan kepada mereka.

cuma perlu kena dengan "gayanya" ;)

CikRangers (CR) said...

yeapp...betul tu. jangan smua turut crita dan cakap anak dah la.yg dewasa ni kena la matang.. :)