Kisah Roh Di Bulan Ramadhan

Salam semua.. Tadi CR ada dapat 1 email ni. Tersentuh sangat2 CR membacanya. Terasa macam arwah abah CR ada je dengan CR sekarang and andainya CR dapat diberi peluang di buka hijab bertemu dengan abah, CR nak mintak maaf banyak2, nak peluk dan sayang abah lama2 dan nak cakap yang CR sangat2 sayangkan abah..

CR share kan story  yang CR dapat dari email pagi  tadi...

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.
 
Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.
 
Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.
 
Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah...


Ya Allah..betapa besar nya doa seorang anak yang soleh.. Insyaallah abah.. anak abah ini akan cuba jadi yang terbaek dan doa untuk abah di sana takkan putus selagi nyawa anakmu ini di izin kan Tuhan untuk terus bernafas di bumiNya...

~~C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

6 comments:

Ku Azhar said...

CR!! nk share!

kopisoda said...

salam kenalan sis.
menarik betul kisah tentang roh di bulan Ramadhan. Baru tahu akan hal ni. moga kita tidak putus memberikan doa pada yag telah pergi, amin.

mykhalis said...

nice share..

CikRangers (CR) said...

ku: share je k... :)

kopisoda: wkumslam..salam kenal gak.. :)sgt2 menarik dan akan lebih menarik bila kita bebuat sesuatu kebaikan yg sgt2 baik utk org yg telah pergi..


khalis: tenkiuuuu...sebak sgt masa wat entry ni tadi... :)

Lilynn said...

Bawakkan bersabar yer CR, semoga tenang roh ayah CR. lil pun ayah da meninggal. tp dah lama dah. sejak lil 11bulan lagi...

lil sedekahkan al-fatihah pada ayar CR yer. :)

lil pun penah mimpi jugak ayah lil datang. dia pakai jubah putih. tapi tak berapa nampak sgt. dia tgk lil dari jauh. nak peluk, tp tak dpt. sedar2 dah azan subuh. tp ni ramadhan 2 tahun lepas :)

CikRangers (CR) said...

makasih ye lil..sama2 kita doakan arwah ayah kita bahagia dan aman kt sana.. :)