--- KHAS BUAT WANITA.... Guys nak baca pun boleh ajeeeeee... (^_^) Yang mana menggambarkan diri anda ?......... WANITA TANAH Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari). => seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal. => Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material. => Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan. => Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang. => Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif,serius dan sederhana. => Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa. WANITA API Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember). => Dilahirkan sebagai pemimpin => Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar. => Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu. => Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. => Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris. => Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. => Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan. WANITA ANGIN Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari). => Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. => Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. => Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. => Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. => sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi. => Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. => Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja. WANITA AIR Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac). => Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju. => Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati,berdaya imaginatif,sentimental,mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati. => Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan. => Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri. NASIHAT YANG AMAT BERGUNA UNTUK WANITA & UNTUK PENGETAHUAN KAUM LELAKI JUGA. => Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan. => Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. => Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan. => Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari. => Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali,dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain. Haaaa...agak2 tepat tak dengan diri u olss smua?Hihihi.. CR rasa macam kena je dengan diri CR. Kalau u olss pandai,cer teka CR dok dalam group mana?kuangkuangkuang.... :p ~~ C.H.O.W ~~ CikRangers(CR) |
sifat dan rahsia wanita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
haaa.. moleklah ada api, angin, air sama tanah. tapi sekarang ni banyak wanita Platinum. camner tu?
wanita platinum?????ade ke abe????
hurm
dgn selamba aku membacanya... haha..
wanita titanium kot yg ada...
PakLan:hurm....wanita mana yg hang mau?kihkih..:p
AbgJonni: wanita titanium plak dah.elok lah..yg abe kt ats tu wanita platinum..muahahahahaha
Post a Comment