cinta bagiku...

"Cinta tu banyak pengertian.... Tapi bagi aku cinta tu adalah kawan ..kawan sejati. Orang yang kita cintai adalah kawan yang paling rapat dengan kita. Kawan paling rapat yang tau sebenar-benarnya baik dan buruk diri ini.. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran juga hidup sentiasa menjadi mainan orang. Oleh itu jangan tertarik kepada seseorang kerna paras rupanya, kerna keelokan paras dapat menyesatkan dan membawa kita jauh dengan kelalaian. Jangan pula kita tertarik kepada kekayaan nya kerna kekayaan juga dapat musnah satu hari nanti jika tidak pandai menjaganya kerna cinta berlandaskan harta adalah bersifat sementara cuma..

Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuat kita tersenyum kerna hanya senyuman yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalam nya dan bunga ros berduri kerana harum baunya.

Dan jika seseorang hadir dalam hidup dan menjadi sebahagian dari diri, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih dan terimalah kenyataan itu kerna sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kita.. tetapi apabila ada yang datang, jangan pula biarkan ia berlalu pegi dan jika esok kalau ianya masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali... ""

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

4 comments:

Akulah Pak Lan said...

I dont have good definition for CINTA

CikRangers (CR) said...

PakLan: me oso dun have a good one..but dis one macam ala2 spontan je..sumtimes love defination can tukar2 tau based on keadaan..hehehehe :)

Akulah Pak Lan said...

hurm...maybe la kot...tah...tak pernah bercinta..so no comment

CikRangers (CR) said...

hurm..hope u get ur cinta soon... :)