Petua bersama CR #3

PSalam olss..wah..Jumaat kembali lagi.. pisini pisana..sat ja nak masuk Bulan Ramadhan.. :)
Harini seperti biasa, every Friday kan ada petua bersama CR..so here we go...... (^_^)



 
Petua ni sangat bagus dan mujarab untuk kaum sejenis CR. Cubalah dan Insyaallah ianya berkesan..ehem2..ni CR memang buat k even nak menelan air sirih tu sampai kena tutup2 idong bagai..muahahhaaha


:: Ambil seikat daun sireh dan direbuskan dengan air biasa.Minum air tersebut setiap kali lepas kencing dan cucilah kemaluan anda dengan air tersebut ::



Demam Berdarah
 
  Yang ni CR rasa maybe more to denggi berdarah tu la..tapi tak salah kan kalo kita mencuba..

:: Minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis, Insyaallah panasnya akan turun segera ataupun diberi minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan basahkan kepala dengan air tersebut ::


Kencing tak lawas
Ni CR memang tak pernak try lagi sebab belum pernah jadi lagi kes kencing tak lawas ni.Kencing tak lawas tu pun CR tatau camner..muahahaha..tapi takpe, tak salah rasanya share untuk yang biasa kena kan... :)
 
:: Ambik madu lebah,limau oren dan air panas. Pastu kupas bawang merah sikit.
Limau diperah dan diambil airnya dan dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum apabila menghadapi masalah tersebut.Bawang merah tu pulak hendaklah dipanaskan di atas api dan digosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing ::



Haaa...sekian saja petua CR untuk hari ni k... Selamat Mencuba!!! (^_^)
~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

10 reasons why we shuld leave office at 6PM!!!

                                                            
  1. Employment letter stated that working hour finish at 6.00pm
  2. Work is a never-ending process! Even you stay until next morning you will never finish it!! LoL... :)
  3. Human are not robots/machines have to rest or else it will facing breakdown problems
  4. You love your career, but your family is even more important in your life.
  5. If you failed in your life, your boss is not going to be the one who gives you a helping hand whereas your family would definitely offer help.
  6. Monthly salary = Works from 9am - 6pm
                      if 6.30pm = RM0.00 + 0 Bonus + 0 Ang Pow + 0 apreciation + Bad Health + Bad Social Life + Poor Family Relationship

                      Equals to : Unproductive Empleyee + Performance Drop + Company Reputation Drops + Retrenchment Rate Increases + Resignation Rate Increases...


  7. You do not want to screw up or make your life miserable because of your job
  8. If the person who disagree to the above formulation, we think he/she is a loser who has no life, heartless, doomed workaholic, etc. He/ She deserves the 'Best Employee of The Year Award" !!!!
  9. You don't give a damm if your boss fires you
10. For the Chinese, remember this : ' House in the east no longer keep you, then just move to the west house'

 

Muahahaha..adoiii..nak gelak baca ni..hurm...CR kalo rajin sangat dok buat OT kan, nanti mak CR SMS camni... " haa..mai balik amik bantai busuk,tilam selimut smua bawak dok kat opis tu!! " kihkhkih... ayooooo...very the sinis my mak k...


~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

wordless wednesday #6





ish3...kesian.......

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

7 Ayat Cinta yang kekal selamanya...

Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan
akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..


1. Bismillahhirrahma nnirrahim :
   pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulliah : pada tiap-tiap
   habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullah : jika tersilap
   mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah : jika ingin melakukan
   sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquatai llahbillah : bila
   tidak dapat melakukan sesuatu yang
   agak berat atau melihat sesuatu yang
   buruk.


6. Innalillah : jika menghadapi
   musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah : bacalah
   sepanjang siang dan malam sebanyak-
   banyaknya.amalkanla h selalu moga-moga
   kita tergolong dikalangan orang yang
   terpilih oleh Allah.


Errm...CR copy ni dari email.. tapi CR rasa setiap kalimah ni pasti dah sebati dengan diri kita sebagai umat Islam kan..kalau boleh amal kan lah selalu ye... :)

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

sifat dan rahsia wanita



---
KHAS BUAT WANITA....  Guys nak baca pun boleh ajeeeeee... (^_^)

Yang mana menggambarkan diri anda ?.........
WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak
Taurus(21 April-20Mei),
Virgo(24Ogos-23 September) dan
Capricon(22 Disember-20 Januari)
.
=> seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan
 praktikal.
=> Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
=> Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
=> Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
=> Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif,serius dan sederhana.
=> Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.


WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah lambang
Aries(21 Mac-20 April),
Leo(24 Julai-23 Ogos) dan
Sagittarius(23 November-21 Disember)
.
=> Dilahirkan sebagai pemimpin
=> Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
=> Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
=> Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
=> Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
=> Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
=> Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.





WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang
Gemini(22 Mei-21 Jun),
Libra(24 September-23 Oktober) dan
Aquarius(21 Januari-19 Februari)
.
=> Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
=> Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai.
=> Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
=> Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
=> sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi.
=> Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
=> Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak
Cancer(22 Jun-23 Julai),
Scorpio(24 Oktober-22 November) dan
Pisces(20 Februari-20 Mac)
.
=> Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
=> Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati,berdaya imaginatif,sentimental,mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
=> Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang
 menyedihkan.
=> Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.






NASIHAT YANG AMAT BERGUNA UNTUK WANITA & UNTUK PENGETAHUAN KAUM LELAKI JUGA.
=> Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
=> Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
=> Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
=> Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
=> Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian..
Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali,dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain. 
 
 
 
Haaaa...agak2 tepat tak dengan diri u olss smua?Hihihi.. CR rasa macam kena je dengan diri CR. Kalau u olss pandai,cer teka CR dok dalam group mana?kuangkuangkuang.... :p
~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

JOHAN & FARAH'S WEDDING

Happy Weekend olsss.. apa aktiviti u ols smua arini??? Hope semua happy2 lah ye.. Hurmmmmm.. CR baru balik dari wedding je nih. Letih pun tak abes lagi. Letih sebab pe?? Haa...sebab dok harung jamm kat Stadium PISA tu coz arini ari last MATTAFARE Festival. Niat hati nak gak pi ushar2 pakej cuti2. Tapi malas la plak dengan sesak sangat camtu..

So,mai CR share serba skit pic yang sempat CR amik masa pi wedding Johan tadi....


Tudiaaaaaa....pengantin mai dah...sendiri drive wokeh..hang memang serr la Johan..ahahahaha...


Ferrari plat SS57...dari jauh dah dengar ngaum2 bunyi enjin... Aluhaiii..bila CR leh ada keta camni gak kan?huhuhuhu...


Get ready nak masuk dewan.. Farah sempat senyum kat CR masa ni...




Ni pelamin dorang..memang cantik..abaikan je k pic yang senget menget ini..Hahaha..ni terjadi sebab CR kurang pokus la arini... pelamin ni panjang lagi tau sampai ke tepi...




Ni close up..cantik kan u olsss????



Smileeeeee........ (^_^) Selamat Pengantin Baru kawan!!!!




Aksi wajib before smua nye berambus pulang...Hehehehee.....alamak!!! muka farah terlindung lak..Opss..sowiii Farah...


Haaa...tu je la pic yg CR leh share dengan u olss smua. Ada pic banyak lagi nih. Tapi da malas nak resize..hahahahaha.. So far, wedding dorang ni simple but melepsss k. Lastly to Johan & Farah, SELAMAT PENGANTIN BARU YE KORANG!!!! Nanti kalo ada reunion lagi, Johan leh la bawak Farah dah..Hihihihi...



updated: lupa lak nak cakap yg emcee utk wedding arini is Abg Aziz Desa yg pengacara nasi lemak kopi O tu..lupa lak nak snap pic dgn dia tadi.hahahaha.. but he is nice person la.memang org berpengalaman bila jadi emcee handle majlis memang TERBAEKKKK lah!!


~~ C.H.O.W ~
CikRangers(CR)

ish2...panjang nyaaaaaaaa.......

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.


Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

 
Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

 
Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi :@$%&#^%

 ~~ CH.O.W ~~
CikRangers(CR)

perlu ke buat loan sebab nak kahwin??

Salam olsss..dah lunch ke belum u olss smua? Kalau belum pi la cepat k.sat abeh plak lauk pauk kat kedai tu.Hehehehe... Arini CR tergerak hati nak wat entri pasal loan2 untuk kawen ni. Bukan sebab CR nak wat loan untuk kawen ye,calon nye pun takde mana la mai nak wat loan bagai lak kan..Hahahaha.. Sori mori sebab entry ni agak panjang.If penat nak baca,abaikan je la entry ni k.. makasih!!! :)

Ok,lately CR prasan banyak sangat pasangan yg nak kawen ni dok wat loan sebab nak tampung perbelanjaan perkahwinan depa. Fine!! CR tak kata u olss wat loan ni salah k.Terpulang lah pada masing2 sebab u olss yg nak memerah apa yg ada untuk bayaq tiap2 bulan kan.. Tapi yang CR nak tanya ni,
PERLU ke wat loan tu????
 Haaa..jangan ada yg amuk lak CR dok tanya camni.Mesti u olss kata "eekleh minah ni.dia tak kawen mana dia tau org cukup duit ke dak nak kawen.kalo duit banyak takkan orang nak wat loan????" haaa...tu diaaa..betoi dak tu jawapan yang u olss smua akan bagi if orang tanya why u olss wat loan untuk kawen mengawen ni..


Sekali lagi CR nak cakap yang CR tak kata wat loan tu salah. Cuma bagi CR, loan ni hanya memudah kan u olss untuk short term je.Means masa u olss berbelanja untuk kawen ni. Tapi long term nya, haaa..sendiri pikiaq la kan. Bayangkan kalau u olss buat loan sampai 20k,pastu tiap2 bulan nak kena bayaq busuk2 pun RM250 sebulan [ni CR andaikan je ye..loan bergantung kepada bank mana u olss amik and loan mana either gov loan or personal loan].
Mula2 berumah tangga kan kena guna banyak duit. Nak sewa rumah lagi,barang2 rumah lagi dan macam2 lagi la yg u ols laki bini ni nak kena setel dan bayaq. Sebelum kawen pun u olss cukup2 makan je dok bayaq macam2, ni pi tambah pulak dengan utang nak bayaq loan tu.




Tu masa mula2 kawen, then bila dah ada anak pulak. Belanja dah makin bertambah. Mula la nak stress laki bini duit tak cukup. Haa..masa tu baru la mula rasa bebanan nak bayaq duit loan tu kat bank. Memang banyak orang cakap, bila kita kawen, Insyaallah rezeki kita akan bertambah. Tapi kalo dah semangnya bebanan utang kita ni macam KLCC, mau nya tak stress.

Sebab tu CR tak berapa suggest kawan2 or sapa2 yang CR kenal nak wat loan sebab nak kawen. Kalau betoi u olss ni bertanggungjawab, supposed u olss kena work hard and think smart how u olss nak gain money and save it for wedding. Bukan dengan jalan singkat pi wat loan smua tu. Tapi kalo u olss dah takdak choice lain what to do kan..Pi la wat,takdak sapa yang halang pasai  u olss yang nak bayaq. :)

CR penah kenai dengan sorang mamat ni. Dia keja kat private sector la. Umoq agak manyak tapi still single.CR penah tanya dia apa yang dia nak tapi tak dapat lagi. Nak tau dia jawab apa???

   
"saya nak dapat kerja gomen.pastu leh BUAT LOAN nak kawen....!!!!!! "



Shit!!!!)(*(&(^*^+_)....  masa dia jawab ni, siyes CR nampak muka dia ni macam memintak penampaq semilanplohsemilan harkat je... CR tak mau komen banyak dengan jawapan dia tu then CR senyum ja. Abes tu kalo tak dapat kerja gomen, tak leh wat loan gomen, tak leh kawen la???? aduyai....otak2 kempas betul la mamat ni..

So, to geng2 semua wat loan untuk kawen ni ada baik dan buruk nya. Tapi mostly yg CR dok tengok depan mata ni memang banyak buruk dari elok la. Apa2 pun tepuk dada tanya lah selera ya. Susah senang pun u olss yang nak tanggung kan.. But selagi ada cara lain, tak perlu la kot loan2 ni smua.. Usaha la ye...!!! Caiyok!!

:: pic ehsan kasihan encit google ::

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

Pendinding Masa Tidur

Salam olss.. pagi ni CR nak hupdate short post je kot. Nak share skit some of amalan2 before tidur yang selalu CR amal kan.

Harini CR nak share dengan u olss doa yang selalu CR amalkan before tidor..

  1. membaca Fatihah sekali tatkala meletakkan kepala untuk tidor
  2. kemudian  membaca Qulhuallah 3 kali, 
  3. Lepas tu surah alFalaq sekali, 
  4. dan lastly, surah anNas sekali

Insyaallah... terselamat kita dari segala kejahatan dan mudarat serta menjadi dinding dari hantu syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk semasa tidor. Haa..jangan lupa amik wuduk gak before tidor k... :)


~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

kenapa bus stop takde lampu ye???

Salam olss.. apa khabar smua reader2 CR?? Hope sihat2 belaka ye hendak nya. Haaa..ni CR ada menda nak tanya ni. Kenapa bus stop kat Malaysia ni takde lampu eh? U olss perasan tak menda nih?? Ekceli CR dah lama tepikior pasal ni tau.Cuma tak terluah je..ewaaahhh...




Dari masa dok kat town area dulu sampai la skarang ni dah pindah area kampung. Sama je CR nampak menda nih. Apa,mahal sangat eh bajet nak letak 1 lampu kalimantang kat bus stop tu?? Kalau pun ada bus stop yang ada lampu nih,CR rasa jumlah nya tak banyak la.

CR bukan apa, bus stop ni kan antara tempat2 terpenting gak kat manusia. Bukan setakat yang nak naik bas je, malahan untuk penunggang motosikal numpang berteduh bile ari ujan. If siang ari should be ok la.Tapi kalau Subuh ari or malam ari nye camne? Smalam masa CR balik dari makan2,lalu la kat satu bus stop nih. Pastu nampak 1 makcik tengah tunggu bas. Dah la masa tu dah around pukul 9mlm. Kat situ just ada lampu jalan je. Tu pun nampak makcik tu samar2.

Cer banyangkan kalau ada yang datang ragut or samun makcik tu. Agak2 ada yang perasan tak dengan keadaan yang malap camtu??

Pastu CR perasan gak, bus stop ni gak selalu jadi tempat akak2 keja kilang dan adik2 skolah tunggu bas or van masing2 datang amik time Subuh. Macam akak2 kilang sometimes before Subuh dah keluar tunggu bas dorang tau.[eh..CR tau la sebab CR penah test keja kilang gak dulu..muahahahah]
Kalau la datang orang yang niat jahat nak culik ke,rogol ke,apa ke..agak2 orang ramai leh perasan tak?? Kaum pompuan dok kena cabul dalam public transport pun orang tak perasan,ni kan pulak yang dok tunggu bas dalam samar tu..



CR harap sangat one day semua bus stop kat Malaysia ni dilengkapi dengan 1 lampu agar dapat mencegah perkara2 tak elok dari berlaku. Bukan kah mencegah itu lebih baik kan... 

gambar sumbangan ihsan Encit Google

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

SELAMAT PENGANTIN BARU JOHAN & FARAH

Waaaaa...sorang lagi kawan sekolah CR dah selamat bergelar suami orang. CR ni bila lah lagi kan..Muahahahha...

Kalau before ni CR ada post kan pasal dorang bertunang dekat SINI kan, semalam 15hb Julai 2011, dengan sekali lafaz je, Johan dah sah bergelar suami kepada Farah Diana Anuar or Farah Breep2 tu.. Tahniah sekali lagi CR ucapkan. Semoga perkahwinan u olss ni kekal hingga ke akhir nyawa ye..




p/s: errr...tatau la lagi kalo geng2 skolah ni dapat jemputan kawen dia kat Penang ni kan.Dapat or tak,kawan2 tetap doakan yang terbaik untuk hang dengan farah.. Jangan nakal2 lagi wokeh.Nanti aku message hang lagi kat FB adik hang.Muahahahhaa... :p

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

Petua bersama CR #2

Salam Jumaat olss..yeahhh..seperti biasa setiap hari Jumaat je CR akan postkan 1 entry petua. Hope petua orang2 lama ni stil kita cuba lah ye.
Okies uolss smua.. today petua CR more to putih2 whitening2 kan ape yang buleh.Kehkehkeh... :p Mai kita tengok naaaaa... (^_*)



1. Nak putih kan gigi....

    :: Percaya dak SODIUM BIKARBONAT atau nama dapur nya SERBUK PENAIK boleh memutihkan dan meghilangkan plak gigi uolss???? dengar macam pelik kan.Tapi dah nama pun petua.Kalo nak try haa..camni caranya:
  • Gosok gigi terlebih dahulu dengan serbuk penaik ni. Then kumur2 sampai bersih pastu teruskan gosok gigi dengan ubat gigi macam biasa. Boleh buat petua ni 2 atau 3x seminggu.




2. Nak putih kan muka...

      :: Haaa..ni sure semua nak tau kan..ekceli CR penah cuba dah petua ni..Hehehehee..
  • Pi cari daun lidah buaya tu..atau nama melepss nya aloe vera wokeh. Pastu amik gel dia yang lendir2 dan fresh tu sapukan ke muka 2 atau 3x sehari. Tapi make sure u olss da cuci muka bersih2 dulu tau. Cara ni bukan je leh cerahkan muka,tapi kalo jerawat pun leh kecut to those yang ada jerawat tuh..





3. Nak putih kan celah ketiak...

    :: Haaa..ada orang cakap,punca ketiak itam ni sebab pemakaian deodoran atau odorono..Wallahualam..
  • Cara nak ilangkan nye, timun di parut halus dan dicampur dengan air perahan lemon. Pastu gaul2 sampai sebati then sapukan kat ketiak u olss tu. Biar dia kering lebih kurang 15min pastu pi la cuci. Try amalkan sampai nampak hasilnye..


Haaaa...amacam??? kalo rajin leh la u olss try. Tapi macam biasa la kan, petua2 tradisional ni kesan nye makan masa skit. Dah guna pun bahan2 asli. So kena lots of sabar k..

pssst2....tringin nak try petua no3 tu even ketiak CR takde la itam nau.Tapi nak letak timun tu dalam peti ais.Hahahaha..sure sejuk je ketiak rasa nanti... opsssss!!!! daaaaaa.... (^_^)


~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

CR nak jadi angry bird!!!

ARGHHHHHH..........!!!!!(*^%$*)_)*(^&%&%* SIYESLY CR TENGAH HANGEN SATU BADAN NI!!!



Eee..ape perasaan u olss kalo kerja dengan maknusia2 yang perangai busuk macam tong sampah???? Nak cerita panjang2 pun dah malas sebab muka pun dah ketat mcm angry bird kat atas ni je. Kalo u olss main game angry bird ni kan, sure u olss tau angry bird ni lawan dengan ape kan.. Sure la dengan menatam kenit kaler ijau yang  kita tak leh sentuh dan makan tu..

Haaa..tu la yang jadi kat CR now..CR nak kena fight dengan maknusia yang spesis dengan menatam ijau tu wokeh..Dah lama kot bersabar and smua orang cakap suruh sabar. Tapi sabar maknusia pun ada limit gak. Kalo nak senyum je,telan apa orang buat kat kita,memang hati kita ni dah dapat 100% marks la untuk subjek SABAR!!

Now CR tengah bertungkus lumus dok skodeng keja lain. Dah malas nak sakit ati dengan menatam ijau tu. Takkan nak jadi angry bird forever kan? Lama2 CR leh saiko dok sini. Lagipun dah menatam ijau tu kata CR ni slow learner..talak baagusss.. ok FINEEEE....slow learner ni la yang lu dok mintak tolong dulu kalau ada apa2 problem.Huh!!! its ok..kalau nak bising2 kat menatam ijau tu bukan dia paham kan. Buat penat je. Baik bawa diri sendiri cari environment lain. Lagipun dah 5 taun kot bertapa kat sini.Rasanya memang dah patut pun cari environment dan experience baru. Belajar benda baru dan jadi smula FAST LEARNER yang macam dulu..baru boley jadi bagussss balik maaa.... :p

CONCLUSION NYE: KALAU MENATAM IJAU TU TETAP MENATAM IJAU GAK LA..BAIK CAMNA PUN TETAP NAK PILIH SPESIS DIA GAK!! DEMMIT!!!


~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

perlu ke nak cintan cintun atas moto???

Haa..soklan kat atas tu CR nak tanya kat semua kapel2 yang bercinta ni..sebab CR rasa laki bini takkan buat benda alah camni kan?

U ols rasa bengang tak bila drive keta kat jalan raya pastu depan u ols ada sbijik moto ni dok bawak macam dia punya jalan je??  Suka2 nak slow, nak break2 nak gelong2.. U ols pulak masa tu agak rushing and need time to sampai kat satu tempat ni dalam masa yang di tetapkan. Bila u ols amik inisiatif potong je moto tu, u ols nampak si penunggang dan pembonceng dengan sakan dok wat filem Industan atas moto. Haaaa...rasa macam nak kasi penerajang enamplohenam harkat je kat dorang kan??

 Haaa..leh tahan ke kalau bawak moto camni tengah2 jalan a.k.a express way...???? mcm siot je kan????

Eee....CR dah terkena situasi camni.Dah la orang dok rushing gile. Boleh la moto tu masuk lane kereta then suka suki dia je nak slow then susah kan kita ni kat blakang nak memotong. Bila dapat chance unutk potong, ushar2 si pakwe ni baik nye dok main pandang2 kat awek dia. Cer u olss bayangkan tangan dok pegang handle moto while moto tu dok gerak.Tapi kepala dia dok baekk punye teleng tengok muka awek dia kat blakang. Mana la moto tu tak gelong2 tengah jalan.Dah la tu siap dok gurau senda lagi.

"GUA BUKAN NAK JELES LU ORANG ADA AWEK/PAKWE NAK GURAU SENDA LA BHAI..TAPI AGAK2 LA SAMA.JANGAN LA TENGAH2 JALAN TU.CONSIDER LA ORANG LAIN SAMA. KALAU NAK BUAT CINTA INI INDAH DAN HANYA MILIK KITA BERDUA AJE, APA KATA STOP JE MOTO TU TEPI JALAN THEN BELEK LA MUKA AWEK/PAKWE LU TU PUAS SAMPAI  LEBAM!!! "

CR harap takde la kengkawan CR dalam ni yang buat perangat tak semenggah ni jugak k. Tak jadi apa2 takpe la. If kena langgar dari blakang pastu tergolek tengah jalan darah2 bagai camner? Haaa..beringat sebelum kena wokeh.. Khidmat pesanan semi-ringkas ini di bawa oleh PinkRangers.Fm... (^_^)


~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

sorry..not in mood today

If ikut hati memang sangat2 nak kasi entry terbaek dan sengal hari ni..Tapi apakan daya, CR tak berdaya nak mengerah otak dan minda untuk mencari idea2 yang sengal dan terbaek dari ladang.. Waaaa... siyes sedih ni dan air2 flu pun laju mencurah2 sama... :p

Di sebab kan Demam yang agak teruk, CR tak dapat menghasilkan entry yang bagus..Teruk kan CR ni.. papepun CR janji akan kembali dengan entry2 sengal macam selalu untuk smua kengkawan CR dalam dunia belog ni... Insyaallah...

Doakan CR cepat2 sembuh ya semua...!!!!!


~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

CR kebizian....

Salam olss.. wah...penat nye badan asyik ulang alik hospital je keje lately ni. Ekceli adik bongsu CR  admitted kat GH Penang ni. He was admitted on last Sunday 2/7/2011 and discharge on last Friday 8/7/2011.. Adik CR sakit since a week before dia admitted lagi. Kaki dia bengkak teruk maybe kena gigit lipan.Tapi dia pun tak sedar tau masa tu. Tup2 esok tu tengok kaki dia dah bengkak macam bola golf je..3 klinik we olss pi pun kaki dia taknak elok2 gak..


pic ni CR amik masa 1st day dia kat ward..memang teruk la...cian je kat dia..

So, ni choice memang kena bawak dia pi hospital gak la. Masa sampai dekat emergency room petang Ahad tu, terus cepat2 MA yang bertugas x-ray kaki adik CR sebab takut kuman atau bisa tu merebak sampai tulang and if that happen, kemungkinan kaki adik CR terpaksa di potong. Tapi Alhamdulillah.. bisa tu masih tak merebak ke tulang dan kalo we ols lambat skit je lagi ke GH, memang padah la nampak nya..



Ni lah adik CR.Nama dia Aidil..Budak ni bukan nya reti dok diam. Tu jarum kat tangan tu baru je tukar masa pic ni di ambil.Sepatut nya jarum tu kat tangan kanan dia. Sebab dia "baik" sangat, jarum tu da bengkok ke dalam then terpaksa tukar ke tangan kiri plak.. Isshhh2...geram tau CR dengan dia ni..

Then petang Rabu tu doc kasi surat untuk mak CR sign. Kira surat kebenaran bedah la kan. Then adik CR ni cepat2 tarik surat tu dari doc.Boleh lak dia cakap" nanti2..jangan sign lagi mak!! Adik nak baca dulu. Satgi depa tulih plak dalam tu nak potong kaki adik smua." Hahahaha..doc tu pun tergelak wokeh. Doc cakap adik CR bagus coz dia erjaga2 tak kasi simply sign je.Takut sangat dia kaki kena potong. Siap pesan kat doc lagi " saya nak bius yang bagi tak sedaq langsung tau doc.Takmau yang sedap2 half tu..." Hihihihi... macam2 la budak sorang ni..

Then pagi Khamis nya, budak sorang ni pun di tolak masuk ke ward bedah. Mak cakap, muka dia memang pucat sangat2 time tu..Kalau CR kat tempat adik pun, haruss pucat gak.Takut kot.. Lepas 11/2 jam camtu, adik dah siap di operate kaki nya and di tolak masuk ke ward balik. u olss nak tengok apa sudah jadi kat kaki nya yang macam bola golf itu?????



Haaa...ini lah rupanya.. scary sangat2 wokeh..isi dalam kaki dia dah kena cedok buang. yang tengah2 tu kapas nak halang darah dari keluar.If tadak kapas tu, memang CR sendiri pun tak berani nak tengok coz hampir2 nampak tulang kaki.. 1 day after operate, doc dah bagi balik umah coz ward tak cukup katil untuk patient yang lebih serius. Paham2 la siptal kerajaan kan. So,since saturday tu memang tiap2 hari la kena bawak adik pi klinik untuk wat dressing nih. Last2 pi klinik 1 Malaysia je.cepat pun cepat..Hehehehe..

So, to frens out there, hati2 lah ye kalo tengah tido ke,jalan ke apa ke kan..sebab kita tak tau apa yang nak jadi.

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

Petua bersama CR #1

Hehehhe..Salam Jumaat olss.. dah lama rasanya CR tak share2 petua dalam ni kan.Selalunya dolu2 kalo Jumaat je mesti CR ada je share petua2 nih..

Arini CR nak share lagi lah petua2 yang CR tau dengan geng2 CR semua.. Kadang2 petua orang2 lama ni lagi berkesan dari teknologi moden.Cuma time consuming je la..Efek dia lemm skit..hehehehe...


 
1. MEMBUANG TAHI LALAT HIDUP

Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketuat kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah. (tapi kalo taik lalat tu elok, tak yah la kot nak di buang2 nye..ye dok? )


2. MENGHILANGKAN BAU MULUT

Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari.



3. MENGURANGKAN MUKA KASAR DAN BINTIK-BINTIK HITAM

Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.



Hurm..cukup la kot rasanya 3 petua untuk hari ni..Semoga bertemu lagi dalam segmen PETUA BERSAMA CR!!! hehhehee







~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

SAYA NAK JADI PROTEGE JAMALUDDIN.NET

Yeah..pagi ni BW ke blog Jamaluddin.Net tengok2 encik Jamal tengah mencari protege2 untuk blog beliau.. So, apa tungg lagi.Mai kita pakat2 join... :)


Sapa2 nak join dah nak tau syarat2 nye boleh la click kat banner Jamaluddin.Net ni ye..



Kenapa CR nak jadi protege Jamaluddin.Net ni??

Sebab nye..secara sedar atau tak, CR memang banyak ikut tutor2 yang di sediakan dalam belog ni. Then CR gak selalu terjah blog ni untuk cari informasi terkini sebab blog Jamal ni dia tak macam certain2 blog lain yang slalu banyak update tapi isinya ala kadar je..
1 contoh tutor terbaru yang CR dah ikut adalah cara bagaiman nak letak Meta Tag. Hehehehe..Tu pun CR sendiri tak sure jadi ke tak Meta Tag CR tu...sorii ye Jamal.... :)

Kenapa Jamal patut pilih CR sebagai protoge?

Hurm..bab ni yang susah ni sebab CR tak pandai melobi diri...ngeehhh... Rasanya CR patut dipilih sebab CR ni kurang ilmu skit tentang dunia blog ni. Kiranya memang kain putih lagi la yang perlu bantuan water color untuk mencorak dan mencantikkan nya supayan ianya dapat menjadi sesuatu yang bernilai in future..Insyaallah... :)

Berapa kerap CR update blog ni?

Errr..ni susah skit nak jawab la..coz kekerapan update blog bergantung kepada kelajuan speed idea yang datang.Heheehe..kalo banyak idea,banyak la entri untuk hari tu. Tapi if speed idea menjunam, maybe blog ni akan ada 1 entry per/day je kot...


So,tu aje lah yang CR leh gitau dan jawab untuk complete kan syarat2 untuk melayakkan diri menjadi protege Jamaluddin.Net ini. Hehehehehe..salah silap harap di maaf kan.. (^_^)

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

yeahhh..hari ni warga Penang bercuti....

Selamat holiday to smua warga2 Penang.. tapi tak temasuk dengan CR la sebab CR kena kerja coz company ikut BSKL.muahahaha..sadis betoi la.. :p Best gak bila semua orang cuti sebab jalan tak banyak keta. Datang keja pagi tadi pun cepat je sampai..

Kenapa warga2 Penang bercuti arini ye???? Oooo...camni,mai nak habaq..depa semua pakat bercuti sebab

TODAY IS GEORGE TOWN HERITAGE CELEBRATION YANG KE3



Haaa...tu diaaaa...patut la tengok macam ramai je tourist turun kat Padang kota pagi tadi. Semperna celebration nih,ada macam2 program yang di anjurkan tau.Mai kita tengok apa program ada....












Tu diaaaaa...macam2 ada..Hehehe..If geng2 yang luar dari Penang ni nak jalan2 mai sini pun boleh la ye..Mai kita pakat2 terjah Penang.. (fuuh..padahal CR pun tak pi tengok apa yang ada) hahahahaha... So apa lagi kan, indulge urself in a 3 full day of festivities celebrating the outstanding universal values of George Town which highlights to the world and a 'rare' example of 'multiculturalism' forged from the unique meeting of various cultures.

Kalo u olss nak tau more info kan.. boleh la terjah SINI naaaa.... :) oklah..CR nak p sambung buat kerja dulu..hehehehe..daaaaaa.... (^_^)


~~C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

PTPTN tu memang AHLONG ke weh????

Tadi masa CR curik-curik BW kan..CR pi la sat kat blog ni then terbaca satu entry dia pasal PTPTN.. nak bace??? Nah click SINI wokeh....Hurm...CR dah banyak terbaca kisah pasal PT(short kan je ye) ni.. Adik CR pun pinjam dengan PT gak. Loan just 40k+ tapi bila tengok statement kena bayar balik sampai 56k+ kalau tak salah CR. hok lain-lain tu semua dorang charge under "CAJ PERKHIDMATAN"...

Kat sini CR nak tanya la kot sapa-sapa yang tau kan.. ape caj perkhidmatan yang dorang kenakan tu? apa service yang dorang dah buat ye??Tapi nape masa dalam agreement takde plak mentioned pasal caj perkhidmatan ni bagai..FISHY gile kan???? tu baru caj perkhidmatan je.belom kira dengan INTEREST nye lagi..uissshhhhh....banyak tu...silap-silap sampai pencen pun bayaq tak abeh ni.... :p

Luckily CR tak ada pinjam dengan PT coz CR dapat pinjaman MARA.Alhamdulillah CR dah clear kan semua utang-utang CR dengan pihak MARA..Lega rasanya tau..



Kat sini CR nak amik kesempatan ucapkan jutaan TERIMA KASIH gak kat pihak MARA coz kurang kan amount loan CR. Ekceli total loan CR adalah RM34k. Tapi lepas je grad CR terus ke pejabat MARA dan mintak untuk buat pengurangan coz pointer CR leh tahan gak elok nye. Lepas submit form tu, tunggu dalam 2 minggu kot. Then dapat surat dari pihak Mara.Application CR dah lulus dan baki yang CR kena bayar balik was RM4500 kalau tak silap.. Fuhhhh!!!! very the lega and bersyukur wokeh..puluh-puluh ribu tu dia reduce.

PT LEH BUAT CAMTU KE???????????


So,to uolss yang pinjam dengan PT tu CR tak tau nak cakap kesian ke hape ke dengan uolss..Hope everything's going well la hendak nye...Amin...

p/s: ekceli CR ada 1 crite yg agak menyayat hati tentang sorang peminjam PT yang di blacklisted ni..cuma rasa patut or tak je CR nak share dalam ni..hurm....


~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

wordless wednesday #4







~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

perangai korang time driving..

Sapa yang suka driving car?? Kalu nak ikutkan hati ni, CR tak suka sangat driving. Lebih suka dok sebelah jadi co-pilot je.Hehehe..tapi nak buat camne kan, dah dalam idop ni memang nak taknak kena la juga driving. So bila dok lelama dalam keta tu, sure ada je habit pelik-pelik yang nanti keluar kan? Ada yang suka kunyah sweets time driving,ada yang nanti bukak radio kuat-kuat bajet macam dia sorang je ada radio kan..hahahaaha..adoii..so macam-macam la..

CR pun ada gak habit yang agak pelik masa driving.. Dulu habit ni takde pun. Recently ni je syok plak rasa buat benda-benda camni while driving.heheheehe.. Nak tau ape?

CR SUKA BUAT KONSERT DALAM KERETA!!!!!





Haaa...buat konsert wokeh..jangan memain.Dahla buat konsert, pastu CR akan make sure setiap lagu yang CR sing-sing tu CR nanti record.Muahahaha..gila pelik kan??? Tapi habit gila ni just akan jadi bila CR dok sorang-sorang je dalam keta. Kalau ada orang lain tu CR tak buat la. Nak plak time traffic jamm, lagi la sakan CR buat konsert secara besar-besaran. Siap dengan dancing-dancing lagi tuu.. Pedulik hape orang tengok kan..Dari nak layan tension dalam jamm tu. Aleast CR do sumting yang buat CR tak tension. Ngeee...







So,apa habit u olss pulak eh?????

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

cinta bagiku...

"Cinta tu banyak pengertian.... Tapi bagi aku cinta tu adalah kawan ..kawan sejati. Orang yang kita cintai adalah kawan yang paling rapat dengan kita. Kawan paling rapat yang tau sebenar-benarnya baik dan buruk diri ini.. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran juga hidup sentiasa menjadi mainan orang. Oleh itu jangan tertarik kepada seseorang kerna paras rupanya, kerna keelokan paras dapat menyesatkan dan membawa kita jauh dengan kelalaian. Jangan pula kita tertarik kepada kekayaan nya kerna kekayaan juga dapat musnah satu hari nanti jika tidak pandai menjaganya kerna cinta berlandaskan harta adalah bersifat sementara cuma..

Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuat kita tersenyum kerna hanya senyuman yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalam nya dan bunga ros berduri kerana harum baunya.

Dan jika seseorang hadir dalam hidup dan menjadi sebahagian dari diri, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih dan terimalah kenyataan itu kerna sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kita.. tetapi apabila ada yang datang, jangan pula biarkan ia berlalu pegi dan jika esok kalau ianya masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali... ""

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

Asal usul mencarut...








Hahahahaha...adoii la...macam-macam kan... Hepi weekend u olsss...


~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

ape ngok la orang2 ni

Ishhh....tadi bukak FB ingat nak ushar la apa mende yang best..skali terbaca lak status member CR nih..



Ngokngek betoi la insan-insan sewel yang dok pi buat demo-demo ni semua. Tak pikiaq orang lain ka??? dah la buat demo time orang balik qeja!! Today is JUMAAT tau dak????

Kat Penang ni tiap-tiap hari JUMAAT memang jalan akan jemm macam gila time balik keja. lagi-lagi kat Penang bridge tu. Ni boleh lak ampa-ampa ni pi buat demo tu tengah-tengah PENANG BRIDGE????? Kalo kata BODOH marah..satgi buta ja nak ISA orang kan.. tapi pehlisss la consider orang lain..aduyaii nye pun..sat betukaq jadi AhChai baru tau...

Ndap-ndap luaq tingkap opis ingat nak ushar la laut. Skali tengok..Mak aiihhhh...dah jemm sampai Jam Besaq kat roundabout padang kota tu.(nama ni CR sendiri yg bagi..ahahahah) Tudiaaaaaa..!!! hambekk la sapa pakai keta manual jenuh kremm la kaki depa. Slamat arini CR bawak tenggiling ja..Tapi tetap stress gak nak beratuq panjang tunggu feri yang nan hado ituuu.. Tapi ok lah lagi kot dari nak ngadap jemm nak pi guna Penang Bridge.

CONCLUSION NYA: PEHLISSS LA TO PIHAK-PIHAK BERKENAAN JANGAN LA DOK WAT PRANGAI CAMNI LA..SERRR TAU DAK!!!!

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

kerana peribahasa..kami yang merana..kadang2 pemes gok..

Sila baca entri ini dengan nada kurang puas hati,sedih dan ditindas.. Ngeehhhh... :p


  • Ikut suka aku la nak makan anak aku, aku lapar!!! Yang dorang kecoh-kecoh HARUAN MAKAN ANAK nie apahal ? kutuk-kutuk aku pun harga aku berapa dah sekilo, mahal kan .. kan ... kan


  • Kenapa lak babitkan nama aku nie ? APASAL MACAM KERA KENA BELACAN ? Aku bukan makan sambal belacan pun~ tak glamer langsung la ! Letak la MACAM KERA KENA MANIS GULA kee... manis sikit!   



  • Serius x faham kenapa orang selalu mencarut guna nama aku?? apa salah akuuuu..??? walaupun aku haram untuk dimakan oleh umat Islam, takkan la sampai nama aku pun korang guna buat bahan mencarut! betul2 x adil neh! (luahan hati si khinzir...)  


  • Sedap-sedap jer korang kata bodoh cm lembu ye ?!! ingat aku sekor je ke yang bodoh tak sekolah ? Tu banyak jer binatang lain tak pergi sekolah apsal tak kata bodoh cm kambing ker ayam ker...


  • Aku tak mandi pun tetap ada harga beb?? Eleh... kata aku tak mandi... tu ayam,arnab lembu tu pun bukannya mandi pun, apasal aku jer yang jadi perbandingan, Ini tak ADIL
     
     


  • Elehhhh... apa hal jadikan aku perbandingkan lak nie...?? MULUT BISING MACAM MURAI TERCABUT EKOR... pompuan-pompuan tu lagi la... mulut dorang lagi bising kalau membebel..