Dalam dunia ni,manusia memang tak pernah puas, tak pernah kenal diri sendiri dan tak pernah nak lihat kekurangan diri sendiri sebalik nya suka menunding jaring mencari kelemahan dan kesilapan orang lain. Aku tak bermaksud nak mengatakan yang aku ni bagus,baik,perfect dan sebagai nya.Cuma aku sedih apabila berdepan dengan orang-orang sebegini..
Tuhan telah mencipatakan manusia ni dengan sebaik-baik kejadian.Setiap yang dicipta NYA adalah indah-indah belaka. Tapi siapa lah kita yang juga bahan ciptaan NYA untuk menilai dan mengutuk segala cacat cela yang kita nampak pada orang lain? Bagi aku, sebagai seorang manusia yang sedar diri, tak seharusnya kita bertindak dengan cara sebegitu. Lagi pula,setiap yang terjadi ada lah KURNIAANYA dan ada hikmah di sebalik nya.
Jangan sebab kita fikir "eh,ni mulut aku,aku punya suka lah aku nak cakap apa pun", kita langsung tak memikirkan apa perasaan orang lain apabila mendengar atau membaca apa yang kita cakap tu. Aku paham memang setiap dari kita ada hak dan kebebasan untuk bersuara. Tetapi jangan hanya mulut melontarkan kata, sebalik nya gunakan lah hati,akal dan minda sebelum melontarkan sesuatu perkatataan agar tak ada insan yang sakit hati dengan kita.
Setiap dari kita ada saja kekurangan nya, cermin-cermin kan lah peribadi sendiri sebelum membuat rumusan tentang orang lain. kerana....
KITA SEMUA SAMA SAHAJA DI MATA NYA... yang mambezakan kita adalah AMALAN DAN IMAN KITA SENDIRI.
Fikirlah dulu sebelum menuturkan kata agar kita tak termakan dengan kata-kata kita itu kelak..
No comments:
Post a Comment