suara hati emak...

Aku tak tahu kenapa dalam seminggu dua ni,mak selalu sedih.setiap benda yang di fikirkan nya lebih kepada rasa hati nya yang agak sayu. Puas aku bertanya dan akhir nya aku menemui jawapan. 1 jawapan yang bisa membuat aku terkedu.

" Mak, awat mak emotional sikit eh seminggu dua ni..?" tanya ku. " Tak tau la.mak rasa sedih sebab anak mak nak beralih kasih kat orang lain. Selalu kasih sayang dia ada untuk mak ja. Pi mana2 pun dengan mak.
Shopping2 pun dengan mak. Tapi nanti mesti dia dah tak boleh nak teman mak macam lani dah." mak tunduk je lepas tu.

Aku terdiam.Tak tau nak cakap macam mana. Yang sebetul nya aku sedih. Aku tau mak cakap macam tu sebab dia dapat rasa yang aku akan menjadi milik seseorang tak lama lagi.Dia takut sangat aku abaikan dia, tak ada masa dengan dia dan yang paling dia risau, aku mungkin akan kurang kasih sayang untuk dia lagi.

 Aku tau..aku paham kenapa mak berperasaan begitu. Mak sendirian sekarang selepas arwah abah meninggalkan kami hampir setahun yang lalu. Dan dalam adik beradik aku,aku la insan yang paling rapat dan tinggal agak lama dengan mak. Kakak aku yang sulung telah berkahwin ketika berusia 19 tahun lagi. Abang pulak berkahwin ketika berusia 22 tahun. Aku masih mempunyai dua orang adik lagi selepas ku.Tapi paham2 lah kan.Bila nama pun adik2, mesti la banyak benda yang mak tak dapat nak kongsi dengan dorang.

Untuk mak, kasih sayang seorang anak terhadap mak nya takkan pernah padam dan tidak dapat di tukar ganti. Walau hidup bertukar ganti sekalipun, IBU tetap ada SATU dalam hati. Tak mungkin ada dua nya kerana seorang IBU itu ada lah nyawa kepada anak nya dan juga SYURGA itu di telapak kaki IBU.

Mak,andai kata satu hari nanti aku menjadi milik seseorang sekali pun, mak tak mungkin aku buang jauh. Mak tetap ada dalam diri ini kerana kita 1 mak. Mak jangan sedih2 lagi ye. Aku janji akan mencuba sedaya upaya untuk menggembira kan hati mak selagi hayat mak ada. kerana....

ENGKAU LAH  IBU DAN ENGKAU LAH AYAH UNTUK KU SEKARANG...

2 comments:

Einaz Shah Rizal Thomas said...

haiy cantik nyer tuan punyer belog ni ;)

CikRangers (CR) said...

hihihih..hii einaz!!!
cantik ke?biase2 je la einaz.einaz lagi cantik tau.. :)