depa boleh ja..awat pulak kita tak boleh???








 Pelbagai alasan orang tak nak solat – seluar kotor lah (dah tau kotor kenapa pakai?) , tak sempat lah, tak ada masjid/surau dan yang paling menyedihkan apabila kawan tak solat kita pun tak solat kononnya takut dipanggil alim sedangkan solat adalah kewajipan kita.

Peringatan untuk diri sendiri juga anda – tiada alasan untuk ponteng solat. Malaikat di bahu kiri kita tidak pernah jemu mencatatkannya. (memang terasa gila tengok smua pic2 ni.mula memuhasabah diri sendiri.... )


Semoga gambar-gambar di atas memberi sedikit keinsafan kepada kita supaya tidak lalai menunaikan kewajipan kita sebagai seorang hamba.




p/s: kredit to original photographer... :)


~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

raya tu raya gak..zakat jangan lupa weh..

Salam olss.. harini dah masuk hari ke 24 kita semua berpuasa. Pada yang cukup puasanya till today tu syukur Alhamdulillah.. pada yang tak cukup tu, jangan lupa ganti lak nanti wokeh :)


Last2 minit ujung2 posa ni, semua orang kalut dengan last preparation kan. Check baju la,biskut mikut la, kasut la, boxer la..semua2 la. Tapi uols jangan plak terlupa or buat2 lupa nak bayaq zakat fitrah tu. Benda tu lagi wajib wokeh.






Haaa..ni jumlah zakat yang uols kena jelaskan ikut negeri masing2 ye. Macam CR kat Penang ni, kadar zakat still sama macam last year. RM7 jek.. So macam taun lepas gak la. Since arwah abah takdak ni, tugas2 membayar zakat CR mintak tolong abang CR je pi bayaqkan. Kirim duit kat dia. hehehehe..
Dulu masa abah ada,slalu CR ikut abah p kat masjid tengok cara depa bayaq zakat tu. Tapi sejak abah takde untuk tahun yang kedua ni, CR serah kan semuanya kat abang je la. Kang dok ikut p sama wat nya menangih depan tukang kutip zakat tu naya ja. Mau tak nangih tringat kat arwah abah.. :)

So, jangan lupa la ye tanggungjawab yang 1 nih..pastu baru leh raya sakan sampai seminggu pun takpa dah..
(^_^)


~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

haaa...mcm chipsmore pulak...tp memang superb la!!

 
 
 
before





After..








P/S: ni pun leh la consider WW gak eh..heheehhehe..papepun billboard kt Indon ni memang terbaekkkkk!!!!!!


~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

On the phone..on the move..aiyaaa..be carefull lor...


This won't happen to you guys. It's only a REMINDER for me..errrr...REMINDER to all also lah.. :)




She was busy on phone, on the move.
 
 
Her head got caught between the doors.
The driver did not notice, until he heard people screaming.
 






A lesson to be learnt
- don't talk on the phone when you are on the move!! 

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR) 

kasut raya gua!!!! cun tak???

Salam Ramadhan yg ke 22 uolss... So how puasa uolss smua? Hope going well la wokeh.
Haa..dah nak dekat raya ni persiapan raya smua dah siap tak? baju raya,kasut raya,kuih raya,awek raya,balak raya..opsss...*matilah.....* hehehhee..

Wokeh..arini dengan gumbira hatinya CR nak show2 kasut raya yang baru. Hampa jangan dok jeless naa.. cepat tarik napas dalam2 supaya dapat dok ilangkan rasa cemburuzz itu...

Dengan ini..dipersembahkan..kasut raya 2011.....


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*











Muahahaahha..amacam??? hampa ada?????? jangan jelessss na. Sandal lagi wokeh. Tak main la pakai slipper jambanzz ja wat raya. * larikkkkkkkkk............................*


~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)






Wooowwwweeee..sedap tuuuuuu..ada sapa2 nak blanje?








Pergh..sangat2 tak menahan nengok eskrim2 dengan kek kt atas ni..waaaaaaaa.....no agak2 kalau diskaun pun sure mahai gak lagi nih.Hahhahaa..sangat kedekut CR nih. Ekceli bukan kedekut la wehs..CR berhemah dalam bebelanja je.Wakkkakaakkaka...


Tapi kalau dah tringin sangat2..hemah2 ni dah takde dah. Serbu je.. Jom smua kita makan BR ni.. errkkss..ada sapa2 baekk ati nak blanja CR bukak posa dengan BR nih??? waaaa...***larikkkkkkkkkkk..........*

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

TEKNIK DAPATKAN MINYAK MURAH DI STESEN MINYAK

Ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak petronas xxxxxxxxx....

masa te ngah gawat dengan harga minyak naik melambung ni te ntu korang nak isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah dari dulu aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku org yang agak sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga 1.80 sen kat pam minyak jadi 1.00 or suka ati korang la nak letak berapa sen...

mula mula memang aku tak percaya... tapi......

1. korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapa pun... dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik harga kat pam korang pilih tu... tak kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV sudah la...

2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jangan angkat nozel lagi.

3. kat pam tu kan ada dua punat untuk nomor (bukan utk credit card tau) yang bawah pada screen liter tu... kira mcm nak isi manual punyer harga la

4. korang te kan ' clear ' - untuk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi

5. then korang te kan en te r - 3x

6. then korang te kan ' 0 ' , ' 0 ' , ' 1 ' , ' 0 ' , ' 0 ' (1.00 sen seli te r) atau korang te kan la berapa pun korang suka

7. pastu korang tekan enter - 3x sekali lagi

8. tekan butang clear - 2x

9. then korang tekan berapa puluh korang nak isi

10. tekan enter lepas dah masukkan nilai isian pastu... supervisor petrol pam akan jumpa korang

"woi apa ko buat ni... main tekan- tekan ni... xde keje lain ker...!!!!"
so korang dengan muka selamba isi jer minyak dengan harga baru kerajaan RM 1.90 seliter...

Hahahahahah , Ingat stesen minyak tu bapak korang punya ke nak murah2..


Dah3 , gi buat kerja ..

Berangan je lebih!
 
sumber: email je..kredit gak dari sumber ori yg tatau dari mana wokeh.. (^_^)
Hahahaha...CR pun terkono gak weh..  sabaaaaq ja lah... :p

~~ C.H.O.W ~
CikRangers(CR)

wordless wednesday #7










p/s:  "A Picture Is Worth A Thousand Words"
This photo of a Chinese boy about to pee
and a chicken looking at the little boy's penis
thinking it is an edible 'worm'. The boy gives
a warning look,"don't you dare come near me".

The photo won Year 2011 Taipei First Prize Photography Award

korang dalam hari apa?



 Eh...tikus dah bawak lari lak button CTRL tu..huhuhhuhuhuhu.. biasa la..posa2 ni stok makanan kat opis ni pun takde la kan. tu tanda protes la tu sampai button keyboard pun dia bawak lari..hehehehehe





Errrrmmm.....nak dekat raya dah..dalam cuti2 mood..  today is TUESDAY.. but based on image kat atas ni kan, u olss rasa, u olss dah dok dekat hari ape dah?Hahahaahahahaha...

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

strongest woman in the world. cayalah.MALAYSIA tetap BOLEH!!!!


















Here we go...The strongest and brave among all!!! give a big hand toooooooooooooooo.................

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  






V peace ya!!!!

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

adoiiii...penat nye puasa...

 Arghhhh...puasa-puasa ni ngantok je kan..jom tido jap lah.huarghhhhhhh......... hope takde la orang jahat dan alien datamg menyerang... * sila lah dodoikan gua nih..arghhh...*












ayoooooo.... puasa-puasa  ni gile habis la energy gua. lu orang semua sebok je nak terbang tinggi-tinggi dotcom..eh silap..nak terbang tinggi2. lu orang ingat tak penat ke haaa bulan- bulan posa ni dok terbang pimai-pimai. So, start bulan posa ni gua tak mau terbang dah!!!!




 Naik beskal sudaaaaa!!!!





~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

kita nak jadi parents yg sengal atau parents yang terbaik?

Setiap parents kat dunia ni sayang akan anak masing-masing, Takde rasanya ibu dan ayah yang waras kat dunia ni yang tak sayangkan anak-anak mereka dan sanggup lakukan apa saja untuk anak-anak.

Tapi perlu kah kita menjadi ibu ayah yang hanya tunduk dan percaya akan cakap anak-anak tanpa soal selidik yang sah? Jika anak pulang ke rumah dan menceritakan tentang kejahatan dan keburukkan rakan karib nya. Kita sebagai orang tua hanya menyokong dan melarang anak kita berkawan dengan kawan yang dikatakan "teruk" itu. Tapi adakah cara kita itu sudah cukup betul??????  Mengapa kita tak selidik sahaja apa yang di ceritakan oleh anak kita itu dahulu. Sedangkan anak kita juga selalu bercampur dengan kawan yang teruk itu. Tak terlintas kah di hati kita bahawa, besar kemungkinan anak kita juga berkelakuan seperti itu. Anak kita juga melakukan kejahatan dan keburukan yang sama dengan rakan nya itu dan disebab kan takut rahsia nya terbongkar, dia bertindak dengan lebih pantas menceritakan keburukkan orang lain untuk menutup kejahatan nya juga.

Tidak smua anak-anak yang baik di rumah seperti calon-calon imam muda itu akan baik kelakuan nya di luar dan dibelakang ibu bapa. Dan  jika ada yang memberitahu tentang anak anda,jangan cepat melatah mengatakan anak anda itu adalah anak yang terbaik. Bukan hanya itu sahaja,anda juga membuka dan menjaja cerita keburukkan orang lain yang cerita itu di bawa oleh anak anda sendiri tanpa anda sendiri tahu kesahihan cerita tersebut.

Sebalik nya, terimalah  segala tuduhan orang ke atas anak anda dengan tenang dan siasat lah. itu yang sebaik nya dari kita melatah dan tetap mempertahan kan anak kita itu bak watak dalam filem ANAK KU SAZALI....

Selidik lah aktiviti,sikap dan perangai anak-anak ketika mereka di luar. Jangan hanya percaya bulat-bulat pada mereka. Jika mereka kata A, kita sebagai ibu bapa pun ikut katakan A. Jika mereka di tuduh memukul orang, dan mereka menafikan nya sedangkan ada bukti-bukti kukuh, kita sebabgai ibu bapa turut menentang tuduhan itu.tetap mempertahankan anak-anak yang bersalah ini kerana percaya anak kita tak seperti itu.
Tanpa kita sedar, di situlah salah kita. Punca anak-anak semakin liar dan berani melakukan apa saja kerana mereka tau ibu dan ayah mereka sentiasa percayakan mereka dan akan tetap melindungi mereka.
Apa kita mau anak-anak kita rosak masa depan nya atas kesalahan yang kita sendiri lakukan tanpa sedar???? Sayang anak tangan-tangan kan lah..Bukan sayang anak hanya percaya 100% pada mereka.

" sapa yang berak tengah jalan mau ngaku kan???? " 


Begitulah dengan anak-anak zaman sekarang. selagi apa yang mereka buat di percayai oleh keluarga,selagi itu lah mereka akan bertindak sesuka hati lakukan apa saja. Sebagai ibu bapa, buka lah minda anda. Jangan berada di satu tahap pemikiran sahaja kerana anda la pemusnah masa depan anak-anak anda jika anda terus-terusan berfikiran begini.

"BIAR ORANG CERITA KEBURUKAN ANAK KITA DAN KITA CARI APA SALAH NYA AGAR DAPAT KITA BETULKAN SEGALA KESALAHAN ITU DARI KITA HANYA NAMPAK ZAHIR NYA YANG BAIK DAN TERLUPA SETIAP MANUSIA PASTI LAKUKAN KESILAPAN. 
JIKA KITA BERJAYA MEMBAIKI SEGALA KESILAPAN NYA,KITA TELAH MENJADI IBU AYAH YANG BERJAYA MENDIDIK. TAPI SEKIRANYA KITA TIDAK DAPAT MENERIMA APA YANG ANAK KITA LAKUKAN DAN TETAP MENGANGGAP MEREKA BAIK, TERUSKAN LA HIDUP DALAM PENIPUAN DAN KEJAHATAN MEREKA..."

p/s: even CR tak kawen dan belum ada anak lagi. tapi nukilan ini ikhlas dari hati CR selepas apa yang CR lalui dan pengalaman CR sendiri berhadapan dengan jenis ibu bapa yang terlalu percayakan anak-anak mereka....

~~ C.H.O W ~~
CikRangers(CR)

Kisah Roh Di Bulan Ramadhan

Salam semua.. Tadi CR ada dapat 1 email ni. Tersentuh sangat2 CR membacanya. Terasa macam arwah abah CR ada je dengan CR sekarang and andainya CR dapat diberi peluang di buka hijab bertemu dengan abah, CR nak mintak maaf banyak2, nak peluk dan sayang abah lama2 dan nak cakap yang CR sangat2 sayangkan abah..

CR share kan story  yang CR dapat dari email pagi  tadi...

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.
 
Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.
 
Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.
 
Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah...


Ya Allah..betapa besar nya doa seorang anak yang soleh.. Insyaallah abah.. anak abah ini akan cuba jadi yang terbaek dan doa untuk abah di sana takkan putus selagi nyawa anakmu ini di izin kan Tuhan untuk terus bernafas di bumiNya...

~~C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

mee sotong..nyum3...sapa mau????

Blurppp...opssss!! soriiiiii... syukur Alhamdulillah.. kenyang sudah berbuka tadi.
Kenyang sangat2 dah ni  bak kata mak CR kan, kenyang sampai termonyeh-monyeh...hehehehehehe..

Apa menu bebuka u olss tadi??? Hurm....i can smell2 tau..smell macam sodappppp ja tu... :p
Nak tau apa menu CR arini..Jeng3... sila tahan ayaq lioq u olss dari meleleah  tanpa filter naaaaa...





 Tarraaaa.... mempersembah kan.. MEE SOTONG padang kota lama atau MEE PATHA... hehehehhee... Pergh...elok sangat la kan perut kosong2 p melantak mee plak. Kompom malam ni CR tidoq bertemankan minya YuYi cap limau.huhhuhuhu.. tapi tak kesah la. Dah hari2 dok makan nasik ja time bebuka. Nak gak try benda lain kan.

Tapi mee sutun ni  memang terbaekkk lah!!! kalau u olss mai Penang ni, memang WAJIB k mai rasa mee sotong ni yang terletak di astaka kota lama ni..


Dan ni plak nama gerai mee tersebut..Hehehehe...


Dan ini pulak mamu yang dok goreng mee tu. CR rasa dia ni kot tokei gerai nih...




So, itu saja menu bebuka CR untuk posa ke 9 ini.Hehehehe..ok bubbye u olsss..manja-manja aje..wakakakaka..

~~C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

Gua Mau Manja Manja Sama Lu

Pergh..tajuk entri tak menahan kan..hehehe.. Dah macam segmen malam Jemaat kan Suriafm ja..muah2.manja2 je..hhuuuhuhu.. Opsss....!!!


Wahai orang2 kampung sekalian..mai la kita sama2 sertai bloglist ini..nak tau bloglist apa?????

Sila click kat banner untuk direct ke entry tuan punya belog naaaa...

Even CR tak lah di kira sebagai blogger tegar dok hupdate blog 5 6 entri sehari, CR tetap nak join gak. Peduli arr kalo si Mejuez tu takmau letak dalam bloglist dia pun kan.. Janji CR dah join tanpa segan silu nya.hehehehehe...


~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

terliuq sangat dengan ini kuih la......

Hiyaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!! adoiiii..arini terasa lenguh plak tulang2 dan sendi2 nih..adakah ini petanda domam??? Oh No!!! takmau..domam time posa mana syiokkkk... *ayooo..sogedixjerasaayat aku nih..* :p

Tadi masa dok jelajah segala pelusuk laman sesawang(gulp...tetiba je sesawang..) dok cari apa menu best leh di masak untuk bukak posa, CR terjumpa plak pic KUIH SKAYA..
Waaa... tak menahan wokeh tengok pic nya..siyes rasa leleh ayaq liuq ni doplohlapan meter tanpa henti tau...


pic ehsan pacit google..ayooo..sedap nye..tapi air gula dia tak banjir.kalo banjir lagi laaaaaaa...


CR mula blajar makan kueh ni masa study2 dulu.. Geng onar CR si Shamin yang ajar makan kueh ni.
Ekceli, kalau tak salah CR la, kueh ni pemes di kalangan warga2 Pantai Timur. Sebab yang ajar CR makan kueh ni pun orang Kuala Besut kan.Muahahaha.. Masa pestime makan tu, time bukak posa kat kiosk blakang Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) tu.. Tu adalah tempat pebret CR bukak posa time study2 dulu slain Kg.Baru.. errr...nampak nau slera daku ini begitu slera pantai timur. Huhuuhuhu..

Kuih skaya ni kan, dia lembut2 macam puding tu. Pastu dia ada air gula dia yg dia buat dari nisa. Senang cakap kueh ni ala2 puding gula hangus tu la. Cuma dia ni lagi syedaaaapppppppppp kot. Hehehehee..

Misi sekarang ni nak pi ronda2 bazaar Ramadhan terdekat nak cari mokcik2 klate yang ada jual kueh ni.Hhuhuhuhu... Hope misi CR nih tercapai la ye..kalo idak,mau mimpi leleh2 la air liur CR ni dok ngidam.wakakakaka.. * ngalah orang pegnant je nak ngidam2 kan.. larikkkkkkkkkkkk.....*

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

kronologi telefon dalam ayat mengayat dan kapel mengapel

 Si BoBoy : Hye awak..awak comel laa...kite dah lama minat awak.Baru arini je kite brani tegur awak.
                 Errr..awak  ada no fon tak?

Si Gegurl : Hihihihi..ade..nah amik ni k..
                 2666666.. haaa agak2 awak nak call kul brapa ye?kite nak tunggu takut ayah kite yang  jawab..



Si Boboy : Errrm...nanti kite call awak dalam kul 8pm camtu k.Awak tunggu tepi tepon tau..
                 Kite nanti call awak gune public fon...





Si Boboy :  Awak... ape no nfon awak eh?
                  Kasi la ke kite. takyah la kite nak call umah awak lagi..

 
Si Gegurl :   Ala..kite lupa lak nak kasi awak.Jap eh...kite ada dah no nfon awak ni..
                     Awak tunggu jap eh.Kite sms awak tau..


Si BoBoy :   Haa..dah dapat sms awak..tenkiu ye awak...
                    Pasni senang la takyah call2 umah awak dah. Takyah jadi penunggu kat public fon dah..





Si Gegurl :  Wah..cantik nye Blackberry awak.. baru beli eh..sama macam kite punya la wak..





Si BoBoy :  Aah..kite baru je beli nih. Saje je beli sama dengan awak
                  Barulah best kan.. eh wak.. ape BB pin awak?
                  Nanti senang nak BBM.save kedit takyah SMS lagi.. :)


Si Gegirl : Yeahhh...boleh2..cayang awak..
                Ni BB pin kite.. 1240036B






Hurm....semakin maju teknologi,semakin senang cara kita nak berhubung kan? Yang penting bukak dompet tengok duit je.. Kalau mampu ape salah nya.. :)

psst2...CR pun tengah usaha nak rembat BB gak..tapi kalo bajet tu nak guna ke lain,simpan la dulu niat nak rembat BB nih..Heheheehe...

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

kenakalan zaman remaja yang tak boleh lupa..eh..bulan posa lak tu..

Zaman remaja sapa la yang tak nakal kan? CR pun tak terlepas la dari kenotian nih. Kisah yang bakal CR cerita ni memang antara kes2 dalam list kenotian yang tak dapat CR lupakan sampai bila2 la. Nak tau apa?
Lets cekidaut......... :)

Kisah ni berlaku masa CR tengah study kt Kolej Twintech. Erm.... kalau tak salah masa tu dalam tahun 2004 kot..Masa mula2 sem tu CR kena stay kat Aman Puri Apartment, Kepong tu as our hostel. So,paham2 la kan. Dah life as student sure la ada puak2 onar yang memang 1 hati dengan kita kan? CR memang agak kerap wat onar dengan dak2 umah CR tau. Specially nye si Ecah tu. Kisah pasal dia ada CR pernah cite kan dalam NI dulu.

haa..inilah apartment aman puri..

So,nak dijadikan crita. Masa Ramadhan taun 2004 tu, lebih kurang 2 minggu posa la kan, si Ecah ni telah berjaya menyeludup mercun dari kampung nye kat Sg.Petani sana tu.So,malam tu apa tunggu lagi. Lepas je perut masing2 dah full gile melantak bukak posa, dengan jayanya we olss turun beramai2 ke bukit tepi jalan tu. Bukit tu opposite gak la dengan guard house we olss. Turun siap ketwalk depan abang guard lagi.Bajet tanak abang guard tau arr keja jahat kitorang nanti..Hehehehee..

Cer zoom map ni untuk tgk lokasi kejadian..Hehehehee...

Ok,dah selamat sampai kat tepi bukit mengadap hutan simpan tu, we olss pun mula kan sessi main mercun. Ingatkan sikit je mercun yang minah ni bawak, rupa2 nya banyak gila weh..memang leh main sampai lebam ni. Gasak arr...


 Dah boring main mercun kategori ringan, we olss pun bertukar plak dengan mercun jenis  berat. Haa..ni baru la feel..We olss start dengan mercun telur naga tu. Bakar2 then baling kat bawah bukit.Pastu dengar dia nye bunyi best gila wa cakap lu. Dah syok sangat and feeling2 macam kat kampung sendriri, tetiba CR perasan ada cahaya terang gila kot dari bawah bukit tu. Pi dekat nak tengok ape dia. Sekali hambeekkkkk ko..rumput2 dan lalang2 kering kat bukit tu dah tebakar!!!!!!



Mak.....tolon!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! api sudah naik..ape nak buat ni???????

Masing2 dok ushar sesama sendiri. Last2 semua pakat cabut lari. Lintang pukang ko we olss lari. Mercun yang tak abeh lak dorang sumbat dalam t-shirt CR sebab CR je yang pakai t-shirt paling besar malam tu. Dengan mercun penuh dalam baju,lari macam watson nyambek, ko brani buat???? Dah la lari laju, pastu camne tah tersalah langkah leh lak jatuh tersembam depan pondok guard tu. Tadi masa nak kuar bukan main lagi ketwalk.. Haa..lantak la.janji dapat selamat kan diri. Bangun lelaju lari pi ke block naik lif,masuk umah dok diam2.

We olss ushar dari atas umah je tengok api tu makin marak. Ya Allah..ketakutan we olss dah tak leh nak sorok lagi.Karang kalau kena cekup dengan polis camner?? Pastu idea sapa tah cakap pi mandi pastu basuh siap2 baju yang we olss pakai tadi. So,takde bau mercun dan bunga api.Muahahaha..kelesss bijak kan we olss nih. Dah siap mandi smua, we olss skodeng lagi keadaan kat bawah ikut tingkap bilik. Tengok abang2 guard dengan gigih nya dok sembur air guna paip bomba dekat bukit tu. Dalam 5min camtu we olss dengar

NIIII NOOOOO...NIIII NOOOOOOO..NIII NOOOOOOOOO..NIII NOOOOOOOOO....!!!!!

Hambek ko, sekali 2 buah trak bomba datang nak padamkan api kat situ. Dalam 1/2 jam camtu tengok api smua dah dapat di padamkan dengan jayanya oleh abang2 BOMBA yang macho lagi terer itu..Hoyeahhhhhhh!!!! tenkiuuu so much la abg2 bomba sebab cekap sungguh melakukan tugas. Ngeeeh... :p
After bomba balik,we olss pun tido je la. Dah penat sangat2 kan wat keje jahat. Sok ada class pagi lagi nih..

Morning tu we olss gi class macam biasa.Kuar dari umah jalan lenggang mak minah sampai depan pondok guard dengan muka tak bersalah nya siap say GOODMORNING lagi kat abg guard tu. Dasar plakon hebat kan..~~matilahhhh...~~
Pastu we olss pun pi la wat2 kepoh skodeng tempat kejadian smalam.Masyaallah.. bukit tu yang asal nya semak penuh dengan lalang2 dah jadi rata. Cuma bekas hitam legam terbakar tu still ada la.. We olss pun tergelak tengok keadaan tu dan blah pegi class.

Hasil kejahatan tak sengaja we olss tu, akhirnya bukit tu telah menjadi bukit yang sangat2 hijau dan cantek tau. Bannga gak coz sebab we olss bukit tu dah tumbuh baru dengan sihat dan hijau tak macam dulu.Last CR ada pi mlawat kawasan tu dalam taun 2007.Hehhee..tapi dah 2011 now. Almost 4taun lepas last visit tu tah how keadaan bukit tu gamak nya..

Tu cerita CR dan geng2 onar.. cerita u olss lak camne?????

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

Wow!! kelassss rambut hang nyah!!

Weeeewiiitttttttttttttttttttttttt!!!!! ni hau ma???? hehehhhe..Salam Jumaat u olss.. Wah.pejam celik celik pejam dah masuk Ramadhan ke5 dah arini. Alhamdulillah masih diberikan kekuatan dan nafas oleh NYA untuk terus menunaikan rukun Islam yg ke 3 ini..

Pagi ni CR tak mau potpet2 manyak pasai mood agak kelaut perhentian nih.. So u olss smua layan je la pic kat bawah ni naaa.. If mood ada mariiiiii nanti, CR rajin2 kan lagi jari menaip wokeh...cayaaanggg u ols ketat2..Hahahahaha... :p


                                                           ~~
                                                           ~~
                                                           ~~
                                                           ~~
                                                           ~~
                                                           ~~











pssst2.....agak2 kan, dia ni ada related dengan Alleycats tak? opssss!!! ~~~Lariikkkkkkkkkkk..~~matiiilahhhhh....~~~!!!!!!

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

Petua bersama CR #4

Holaaaaa u olsss..hari ini kita kembali lagi dalam segmen Petua Bersama CR.Hehehe..slalu segmen petua ni CR akan buat hari jumaat je kan? di sebabkan hari ni CR more eksaited nak share petua nih, rasanya takmau tunggu sampai esok la. (^_^)

Eksaited + Gedix ayu nak post entri petua hari ni coz petua CR untuk hari ni  adalah dalam English. Haaa..slalu share petua dalam Malay je kan.. jom ushar apa petua2 CR hari ni...



1. Ants problem
   :: Ants hate cucumbers. So,keep the skin of cucumbers near the place or ant hole.



2. To remove chewing gum from clothes
     :: Keep the cloth in the freezer for an hour. After that bring the cloth out and try to clean the dirt ::

 



3. To whiten white clothes
     :: Soak white clothes in hot water with a slice of lemon for 10 minutes ::







4. To get maximum juice out of lemons
    :: Soak lemons in hot water for one hour and then juice them ::




5. To avoid tears while cutting onions
    :: CHEW GUM!!!!! ::




6.  To boil potatoes quickly
     :: Skin one potato from one side only before boiling ::



7.  To remove ink from clothes
    :: Put regular white toothpaste on the ink spots generously and let it dry completely then only wash ::



8. To get rid of mice or rats
    :: Sprinkle black pepper in places where you find mice or rats and they will leave ::

Hurm...dalam lapan2 petua kat atas ni, CR paling suka yg number 5 dan 8!!! Hehehhehe..nanti pegi umah abang CR, CR nak try la tabur lada hitam kat tempat2 yang selalu CikTi dok pimai2. Tengok berkesan dak petua nih.. :)

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)