Pejam celik..pejam celik esok dah masuk 1 Rejab.. pastu masuk pulak bulan Syaa'ban then datanglah Ramadhan...
Tau tak korang bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda, bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH,maka baransiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.. Insyaaallah...
Petang ni CR nak share kan skit kelebihan bulan Rejab ni..
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a) Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b) Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c) Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.
Banyak lagi hadis2 yang menyebut tentang kelebihan bulan Rejab ni dan yang CR publish kan ni ada lah salah satu nye..
Hurm..sok Insyaallah kalo takde apa2 halangan, CR pun akan mula berpuasa sunat.. Uolss pun kalo yang mampu sihat tubuh badan tu kalo nak join CR pun leh gak... (^_^)
~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)
3 comments:
Esok hari Jumaat..kalau nak puasa esok, kena ade hari pasangannye tau..So hari Sabtu nanti PR kena puasa jugak ye..:-)
pejam celik... pejam celik... dah nak puasa...
huhuhu..
abgjonni: yesss..sat je kan..puasa da abes genti ke?hiihihi
jamaluddin: tenkiuuuu sebab gitau..CR memang xtau kena pair dgn ari lain. Sok CR kena posa la camni...tenkiu sgt2 k... :)
Post a Comment