wordless wednesday #3

~~ sometimes picture also can explain everything..... ~~








~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

kentut?????

Hurm...dalam dunia ni sape yang tak pernah rasa kentut,terkentut,mengentut atau di kentut?Hahahahha..kalo tak pernah rasa sila bawak pi jumpa doktor ye.. rasa-rasa urat kentut uolss tu dah tersumbat agak nye. :p

Tetiba lak nak wat entry pasal kentut ni kan. Macam tak senonoh je. But ada aku kesah???huhuhuu
CR nak tanya la kan.Korang keje dok dalam opis tu 8jam 1 ari. Ada tak korang penah terbau kentut dalam opis korang tu?? CR dah bertapa kat sini hampir 5taun dah. Tapi yang pelik nye skali pun CR tak perbah terbau busuk pruttttt dalam opis ni.. pelik bin ajaib kan??Aahahahaha...
CR rasa dorang ni semua mempunyai montot yang berEdukesyen tau.Sebab tu takde kentut sana sini.. Termasuk dengan CR gak la..heheheeheh..




So kat opis uolss lak camne la gamak nye eh? ke u olss yang suka melepas kan angin dalam opis dan orang lain terpaksa tahan idong amik napas panjang dengan bau yang kurang sedap itu.. :P


 p/s: ada orang cakap,kentut tu sihat tau.yang tak kentut tu la tak normal..ahahahahaha...


~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

helmet ini memang sempoi laaaaaaa

Rasa-rasa helmet pesen camni ada juai dak kat sini?Hahahahaha....














Helmet yang forst and last tu sangat-sangat tak boleh blah!!! Muahahahaaha...

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

kerja part time tu elok..tapi yang tak elok nye...???

Sape kat sini yang pernah lakukan kerja part time masa muda-muda dulu lagi-lagi time bergelar pelajar sekolah?? CR gak pernah bekerja as part time worker kat sebuah hotel fofular di Penang nih. Tapi kalo kat hotel,pekerja part time tu digelar 'casual worker'..

Kenapa CR berkerja?bukankah semuda usia 16 tahun tu CR patut fokus kepada study saja? Ape tak mampu ke abah CR nak tanggung CR sampai CR kena keluar untuk cari duit sendiri? Tu la soklan pebret yang selalu CR kena jawab dulu.. Tapi jawapan CR adalah sekadar senyuman ikhlas unteuk yang bertanya. Tak kurang jugak yang mencemuh apabila CR still berkerja bila dah naik Form 5.. Dorang cakap CR memang tak pikir masa depan dan nak "melingkup" time SPM. Haisssh...begitu longkang tersumbat sungguh mulut-mulut mereka ni tau.. Apapun, CR tetap tersenyum..... :)

Last Friday CR ada seminar IBM kat hotel yang CR kerja dulu tu. Then bila tengok adik-adik yang kerja tu, CR tersengih sorang-sorang. Alahai..camni la aku dulu-dulu.. :) Dan hari ni CR macam terpikir nak buat entri ni..CR nak jelaskan kenapa CR bekerja time skolah-skolah dulu...

:: aku berkeja bukan sebab abah aku tak mampu nak bela aku,abah dah cukup lengkap sediakan segalanya.. tapi aku harus cuba untuk berdikari.Tak salah rasanya usaha sendiri selagi tak buat benda yang salah.. ::

:: sapa cakap aku tak fokus kat study??? depa tau ke aku bertungkus lumus time dalam class? smua homework aku setel on the time. tiap-tiap kalo exam aku sure dapat nombor 1 dalam class. Tak fokus lagi ke tu?? ::

:: aku kerja 2x seminggu saja..iaitu hari jumaat after skolah dan sabtu whole day..aku tak kacau pun hari persekolahan.. so,apa masalah nye??? ::

:: duit gaji yang aku dapat tu aku gunakan untuk bayar duit tuisyen aku sendiri.Aku takmau susahkan abah sebab aku tau aku mampu lakukan sendiri. Dan aku percaya aku akan lebih rajin belajar bila tau susah nya nak dapat kan duit untuk tanggung pelajaran. dengan ini aku lebih hargai pengorbanan abah untuk aku ::

:: aku tak abeskan waktu cuti aku dengan melepak dan abeskan duit mak abah dengan pi tengok wayang,kluar deting dengan pakwe.Atleast bila kerja,aku jadi makin matang dalam hidup bila bercampur dengan senior-senior yang macam-macam ragam nya.. ::

CR ingat lagi masa result SPM keluar, lajuuuu je orang-orang yang dok ngata tu tanya kat mak CR ni dapat apa?siap cakap lagi "lidia tu tak sambung dah kot kan..teruih jela kerja hotel tu..." ish3..singguh cilakak mulut-mulut puaka ni.. Mak senyum je.. CR pulak cuba senyum dan cakap " kalo tu dah memang rezki saya,tak salah pun kerja hotel kan.." Bagi CR mulut orang ni selagi dorang bernyawa,memang dorang akan bercakap. So, ADA AKU KESAH???? at the END lihat lak CR sekarang.. dan lihat lah dimana dan apa sudah jadi dengan MASA DEPAN anak-anak mereka yang bercakap tu...

CR tak nak cakap lebih-lebih..sebab nya ada gak some of org yang kerja part time ni dorang langsung enjoy life kerja sampai lupakan pelajaran.. but tu hak masing-masing lah ye..ada otak sendiri la pikir... Cuma pesan CR unutk adik-adik yang ingin buat kerja part time ni, kerja biar ikhlas, dan tau apa tujuan kita. Pelajarang tetap yang utama wokeh...

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

tak semua tu kekal...

Kadang-kdang dalam hidup ni kita terlalu bangga dengan apa yang kita ada. Pernah tak kita terfikir apa yang kita ada tu belum tentu kekal selamanya??? Setiap yang hidup itu akan mati,setiap yang ada itu akan tiada dan begitu la sebalik nya...

Bila semua itu terjadi, kita mula gelabah,mula mencari dimana punca dah silap nya. Kenapa setelah semuanya terjadi baru nak gelabah? kan sepatut nya dari awal lagi kita sedar dan muhasabah diri bahawa segalanya hanya pinjaman semata-mata... Ya..tak salah kalau nak berbangga dengan apa yang kita ada tu sebab mungkin itu adalah usaha keras kita sendiri atau mungkin ianya Kurniaan dariNya.. Cuma berbanggalah dengan ala kadar nya agar orang lain tak jelek dengan apa yang kita banggakan itu..

: Rupa yang cantik akan hilang juga kecantikan nya satu hari nanti.. :

: Kekayaan pun akan hilang jika tidak tau mengurusnya dan beringat lah kaya itu lawan nya miskin. pandang2 lah orang yang berada di bawah.. :

: kebahagiaan akan ilang jika kita terlalu selesa dengan nya dan tidak menjaga nya dengan baik :

: sihat tak semestinya selalu dan beringat lak sakit itu wujud :

: hidup bukan untuk selamanya..lengkapkan lah diri ke "SANA" kerana mati menanti kita.. :

CR pun tatau kenapa mood CR agak swing hari ni. Takde entry yang merapu meraban macam selalu.. .. Apa-apa pun CR doakan yang terbaik untuk semua..

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

Surat Dari Murid Pencinta Nasi Lemak

Ke hadapan Guru Besar yang saya kasihi,  
 
Saya, Mohd Hazwan salah seorang murid pemulihan tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 5, ingin memohon kepada tuan untuk menarik balik larangan menjual nasi lemak di kantin sekolah.Untuk pengetahuan tuan, saya sekarang sudah tidak semangat lagi untuk belajar ketika di dalam kelas kerana tidak dapat makan nasi lemak 50 sen pada waktu rehat.Nasi lemak merupakan sumber tenaga utama saya setiap hari.Kebanyakan kawan-kawan saya juga merasakan hal yang sama  
 
Saya juga pernah mempunyai dua orang abang yang bersekolah di sini satu masa dulu, mereka memberitahu saya yang mereka hampir setiap hari makan nasi lemak di kantin sekolah walaupun dulu harganya cuma 30 sen sepinggan.Tuan nak tau di mana mereka sekarang?Seorang telah menjadi doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur dan seorang lagi akan menamatkan pelajaran dalam bidang teknologi makanan tidak lama lagi.Jadi saya rasa alasan murid-murid akan menjadi lembab dalam pelajaran adalah tidak munasabah.  
 
Alasan kedua yang mengatakan nasi lemak boleh menjadi penyebab obesiti juga adalah kurang tepat. Walaupun saya hari-hari makan nasi lemak tapi saya tidak juga obesiti. Saya masih slim dan berat sentiasa maintain kerana saya selalu beriadah antaranya berlari-lari di padang dan lari dari sekolah.Sebenarnya ini berpunca dari gaya hidup murid-murid sendiri yang selalu mengamalkan budaya 'makan tidur facebook blog tidur' seterusnya menyumbang kepada obesiti.Justeru, saya mencadangkan agar waktu Pendidikan Jasmani ditambah dari 1 jam seminggu kepada 4 jam seminggu.Selain itu perhimpunan pagi juga boleh digantikan dengan senamrobik untuk menggalakkan murid-murid bersenam.Hari Sukan sekolah juga perlu dibuat setiap 2 bulan sekali.  
 
Tambahan pula, larangan penjualan nasi lemak di kantin telah menyebabkan jualan makcik kantin merosot dengan mendadak.Saya dapat lihat riak wajahnya yang sentiasa bermuram setiap hari.Saya bimbang ini akan memberi kesan kepada kesedapan makanan di kantin sekolah kita.  
Saya berharap agar pihak tuan akan mempertimbangkan aduan dan cadangan saya ini. Bak kata pepatah 'nasi lemak merupakan warisan zaman-berzaman, takkan nasi lemak hilang di dunia'.  
   
Yang benar,  
Murid pencinta nasi lemak 50 sen


Hahahahha..adoiiii...nak tersemboq moi sup CR bila baca mende alah ni..cayalah!!!

~~C.H.O.W~~
CikRangers(CR) 

sequel crita DNA babi dalam butter

Salam olss.. ingat lagi tak last monday CR ada post 1 entry pasal DNA babi dalam Butter. Kalu tak ingat or tak baca lagi, pehliss feel free to read kat SINI...

Dalam entry tu CR ada dapat 1 komen dari encik Anon yang perjelaskan pasal issue ni and dia juga minta agar kita a.k.a CR sendiri tak sebarkan ape2 je perkara yang belum pasti kesahihannya.. Tapi apa yang CR nak cakap kat sini. Entry tersebut takde pun CR cakap "pehlisss stop to consume this kind of butter" pun..
CR just share info untuk semua Muslims agar mereka lebih alert. Lagipun dalam tu gak dah included dengan sijil dari Majlis Agama Islam Johor rite? So,to readers yang bergelar encik anon ni, CR tak marah kepada anda. But CR nak ucapkan terima kasih coz remind CR agar lebih berhati-hati before sebarkan sesuatu info tu. :)


Kat bawah ni CR ada copy komen dari encik Anon tersebut. Uolss boleh baca dan sila buat sendiri conclusion masing2 bout this butter. Bagi CR,tugas CR dah selesai kot. Sekarang tugas uolss pulak untuk menilai sendiri either butter ni benar2 halal or tak..


Anonymous said...

    do refer here: http://www.ballantyne.com.au/whatsnew.cfm?CID=15

    berikut ialah kenyataan dari Ballantyne Foods Pty Ltd, Pengeluar Produk Golden Churn dari Australia. Sila hubungi organisasi ini dan organisasi Islam yang mengeluarkan produk Halal di Australia untuk mendapat pengesahan. Agar berhati-hati untuk menyebarkan perkara yang belum pasti kesahihannya. Produk Halal tersebut telah dikeluarkan oleh Organisasi: Islamic Coordinating Council of Victoria. Sila hubungi DEWAN MALAYSIA MELBOURNE,K4, High Street, Windsor, VIC 3181, Tel : +613 9529 4507 Fax : +613 9529 4509 untuk mendapat pengesahan ini.


    Sila hubungi Mr Hemmat Nasrullah, selaku wakil dari Golden Churn di wilayah berikut:

    For Malaysia, Brunei, Middle East, Northern Africa, Bangladesh, Sri Lanka, Maldives, Iran,Russia and Pakistan
    Hemmat Nasrallah tel +61 (0) 3 9690 1766
    email : hemmat.nasrallah@ballantyne.com.au
    http://www.ballantyne.com.au/

    Kenyataan dari Golden Churn:

    Golden Churn is a Certified Halal Butter without doubt

    29th April 2011,

    Golden Churn Certified Halal Butter, It has been brought to my attention that there are false claims about our Golden Churn Certified, Halal butter brand originating from West Malaysia.

    I can reassure all our valued customers and consumers that both Ballantyne factories in Australia, & New Zealand are Certified Halal by Halal certification authorities for all our butter brands we, produce and distribute.

    It is important to understand that each delivery of butter out of Australia and New Zealand carries, mandatory quality standards from relevant Government Food Authorities including Food, Standards Australia New Zealand (FSANZ), the Australian Quarantine and Inspection Service, (AQIS) and the New Zealand Food Safety Authority (NZFSA) in additional to strict Halal, certification requirements. We confirm that our Golden Churn butter complies with the, requirements of these authorities.

    Ballantyne only use high quality milk to make cream that is churned into butter. Ingredients are, Cows Milk , Milk solids (non fat), Moisture and 1.5-2% salt. No other additions, colours or, preservatives are permitted., We are seeking legal advice to put an end to these false claims.

    I wish to again reassure our loyal customers that these claims are false and our products are of the, highest quality and Certified Halal.

    Andrew Ballantyne
    Executive Chairman
    K.L.Ballantyne Pty Ltd


    Click here to download the official letter by Executive Chairman 

http://www.ballantyne.com.au/whatsnew.cfm?CID=15
http://www.facebook.com/pages/Golden-Churn-Australia-Pure-Butter/109925015422
 June 20, 2011 12:42 PM


So,korang do your own research wokeh... Wassalam...

~~C.H.O.W~~
CikRangers(CR)

rabu yang mute..Mcd...




(^_^)

~~C.H.O.W~~
CikRangers(CR)

senggugut???

Ola olsss... hurm...apa tu senggugut? rasa nye smua tau kot apa tu senggugut.. Cuma tak smua orang leh ras je betapa sakit nye senggugut itu..huhuhuuu...

Apa itu senggugut?
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kamu alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kamu period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.



Apa yang menyebabkan dismenorea?
Kamu mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya period kamu yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mula mengalaminya apabila mereka berumur 20 atau 30. Kesakitan dismenorea ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Dismenorea mungkin menjadi disemenorea primer atau sekunder bergantung kepada penyebabnya:
Dismenorea Primer
Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula period pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat period pada umur 12 atau lebih awal dan mereka yang mempunyai period lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor kamu mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh kamu semasa pemeriksaan. Sebab-sebab untuk dismenorea primer termasuklah:
Ketidakseimbangan Bahan Kimia - Oleh kerana keseimbangan merupakan perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh kamu boleh menyebabkan dismenorea. Bahan kimia yang menyebabkan kamu senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh kita.. Wanita yang mengalami dismenorea menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama period mereka. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.
Genetik – Ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya kamu mengalami senggugut , kakak, makcik atau ibu kamu mungkin turut sama mengalaminya.
Dismenorea Sekunder
Dismenorea Sekunder adalah apabila senggugut bermula sekitar dua tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami dismenorea jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Dismenorea jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor. Dismenorea sekunder disebabkan oleh:
Apa itu endometriosis?
Wanita yang menghidap endometriosis kadang-kadang mengalami dismenorea yang amat teruk. Ia boleh berlaku setiap kali mereka period. Endometriosis terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai uterus tumbuh dalam struktur lain pada tubuh. 


Haaaaa...da baca??? info ni CR amik dari SINI tau... Ekceli CR arini memang tengah sakit la..sakit menahan senggugut ni haa..tu yang terlebih rajin p google pasal ni..Sambil tu leh gak info ni di share kan dengan smua.Bukan gegirl je kena tau.Ekceli org laki pun kena tau gak pasal ni. Kena ada pengetahuan coz nanti takde la tekujat atau orang penang cakap "pegah buih"  kalo tengok bini ke,adik2 ke sakit perut sampai guling2 kan...Hehehehehe..

~~C.H.O.W~~
CikRangers(CR)

DNA BABI DALAM BUTTER???????

Salam dan morning olss..again today CR nak share sikit info yang CR dapat dari email baru je tadi.  Hope info ini dapat di share dengan smua saudara muslim la hendak nya... Ada aduan yang mengatakan terdapat nye DNA khinzir dalam sejenis butter dari New Zealand.

Memo juga telah di keluarkan daripada Jabatan Agama Islam Johor untuk mengesahkan info ini..


Ini adalah butter tersebut


Memo dari Jabatan Agama Islam Johor...


Dengar2 crita,butter jenis ini banyak di gunakan dalam pembuatan kak lapis Sarawak berdasarkan jenis butter yang di tulis di dalam resepi. Wallahhualam...



Haaa...amacam olsss????? kalo boleh elak kita elak la kan... banyak lagi butter lain yang kita boleh makan...


~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

saya suka HOT TIKET!!!

Hoyeaaahhhhhh.... sejak taun lepas dalam bulan posa kalo tak salah, Maxis telah melancarkan topup Prepaid yang di beri nama HOT TIKET.. masa mula2 abang kedai topup tu intro pasal hot tiket ni kan, CR macam pelik2 je lagi. Tapi bila tengok mak haiii..banyak nye untung kalo pakai menatang nih. Siap save lagi tu. CR pun cuba la..



Haaa..ni la Hot Tiket edisi pertama dulu. Kalo beli topup yang RM15 punya, leh pi KFC pastu kasi kad ni dan redeem dengan ayam.Hehehehe.. kalo topup yang TM10 pulak,kena kumpul  2 kad baru leh tukar tau. Masa ni memang gila kentang la..CR boleh katakan tiap2 minggu pi kfc dok redeem ayam ni.Sampai muak terus tengok KFC pastu sedekah je kad hot tiket yang dah pakai tu kat abang CR.Biar dia lak pi redeem makan sampai muak.







Lepas abeh promo  KFC, dorang kasi lak free pizza with only RM1. Ni CR ingat lagi CR kumpul banyak2 and pi tukaq one shot kat PizzaHut Jusco Perda tu.Skali tukaq 20 keping.Hambekk ko...memang jenuh nak makan la kan..

So far,since di intro dgn hot tiket ni, CR adalah salah sorang pengguna tegar la.Memang tak guna normal topup dah kecuali keadaan darurat bila cari hot tiket ni merata abeh je stok. sebab CR suka guna hot tiket ni??? dah tentu la pasal dia save banyak compare dengan normal topup tu.

Tak caye???? ok..pi kedai topup,beli dan try k...

p/s: CR nye amount dalam tu tak penah abes.even dan tamat tempoh,bila topup je dia add on.So,bila nak abeh.Sms nak dekat 1000 dah.huhuhuhhu

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

ish..kena keja keras ni!!!

Waaaaaaa....!!!!!!!! nak nangis rasanya bila diri sendiri baru perasan yang badan dah naik mendadak. OMG!!!!!!! what shuld i do now?????

Dah la nak turun 1kg seminggu pun hampeh sekarang ni. Ni kaw2 pulak KG yang naik. Mula2 tak perasan gak,sebab rasa macam biasa. Tapi masa akak tailor dok measure untuk jahit punjabi suit, nak melompat rasanya bila tengok figure dah brubah. Kalau makin kecik takpa la jugak. Ni makin membesaq..!!!! nak cakap makan overload tak gak(huhuhu..ayat kaver je nih). Maybe sebab cara makan yang agak kurang konsisten dan tidur yang tak cukup la CR rasa punca nya...

Haissssh..... balik je dari akak toilor, CR dah mula tak tentu arah. Ish!!! U need to do sumting CR!!! mana leh biar je badan tu makin besaq haaaa.. dok elok2 pakai baju size M/L kang kena ubah pi L/XL plak..lagi worse kang trus lompat ke XXL!! oh No!!!!!




Tanpa berlengah lagi, laju je CR pi punggah 'kazanah2' lama CR masa 'gila' nak slimdown dulu.. segala maknek PB,dvd zumba,Herbalife---> (check date dulu.slamat tak expired lagi..huhuhuhu) semua CR letak setempat. Pastu pi cari personal diary yg kosong. Buat jadual pemakanan yang baru.Hahahaha..memang tengah semangat gila ni wokeh... and the best thing,this weekend CR dah nak start balik aktiviti cycling.Yessss!!! dah lama kot tinggal aksi kayuh2 ni.


Mula2 nak start dengan aksi kayuh slow2 camni..Nak amik nafas plus tenaga setelah sekian lama tak cycling.Hahahaha..mau semput gak ni!!


Dah ok..dah boleh kawal rentak and takde semput2.. Baru lah upgrade ke aksi kayuh panjat2  ni pulak.. Ewaaah...semangat je lebih CR ni!! Tapi CR tak cakap je tau..CR mesti buat nye..

So,conclusion nye CR dah tau apa main factor badan ni naik macam apam segera.. sebab nya AKU DAH KURANG SENAMAN!!!!!!! hahahaha..tu la..balik keja dah malam.mandi2 trus tido.weekend pulak bedal lepak tengok tv je..tak hengat nak zumba2 dah..kan dah padan muka!! makan pulak main bedal.. so sendiri mau ingat la kan..kena susah payah balik la sekarang ni.. U olss doakan CR berjaya memecah lemak tepu yang ada ni ye!!!!

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

DOA ISTIGHFAR REJAB

Semperna Bulan Rejab yang mulia ni..CR nak share kan sedikit info dan cerita yang sangat bagus dan berguna untuk semua.. Mai kita sama-sama ambil iktibar ye..

Satu ketika di zaman Nabi S.A.W, terdapat seorang perompak jalanan yang terkenal. Apabila lelaki tersebut meningggal dunia anak perempuannya tidak menemui seorang pun yang boleh membantunya menguruskan jenazah ayahnya. Allah telah berfirman kepada Nabi Muhammad S.A.W dan berkata, "Ya Habibi ya Muhammad! Wahai kekasih Ku Nabi S.A.W, hari ini seorang daripada wali Ku telah meninggal dunia. Kamu mesti pergi dan memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkkanya serta mengkebumikannya."
Dengan serta merta, Nabi S.A.W memanggil Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan berkata, "Wahai Abu Bakar, kita perlu pergi dan dapatkan 'lelaki' tersebut. Abu Bakar berkata, "Ya Rasulullah, kamu pernah berkata yang kamu tidak akan mengkebumikan lelaki tersebut di tanah perkuburan orang Islam, dia bukan seorang muslim!" Nabi S.A.W berkata, "Tidak, tinggalkan persoalan Muslim. Allah memberitahuku hari ini yang lelaki tersebut adalah seorang wali!"
Nabi S.A.W pergi dengan sahabat-sahabatnya. Kemudian, baginda membersihkannya, memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkannya dan seterusnya membawa jenazah untuk dikebumikan.

Saidina Abu Bakar, Nabi S.A.W. dengan sendirinya pergi bertanyakan apa yang telah dilakukannya semasa hanyatnya: "Wahai anakku, sila ceritakan kepadaku bagaimanakah kehidupan ayahmu." Anak perempuan lelaki tersebut berkata, "Wahai Rasulullah, aku begitu malu dengan apa yang akan aku ceritakan kepada kamu. Ayahku seorang perompak, seorang pembunuh. Aku tidak pernah melihat dia melakukan sebarang kebaikan. Dia akan merompak dan mencuri siang dan malam kecuali satu bulan. Setiap tahun, apabila datang bulan Rejab-bulan Allah , ayahku akan duduk bersendirian dan membaca doa siang dan malam, menangis dan membaca, kecuali keluar untuk makan dan membersihkan diri. Apabila bulan Rejab berakhir, dia akan bangun dan berkata, bulan Allah telah tamat, sekarang untuk menggembirakan ku aku akan kembali merompak dan mencuri untuk 11 bulan yang akan datang.

Allah telah berkata kepada Nabi S.A.W., "Wahai Nabi yang Kucintai, orang itu telah datang dan memohon keampunan dari Ku di dalam bulan yang sangat berharga. Oleh sebab itu, kerana dia berkorban sekurang-kurangnya satu bulan dalam setahun untuk Ku, Aku ampunkan semua kesalahannya, dan aku tukarkan semua dosanya kepada ganjaran. Kerana dia mempunyai terlalu banyak dosa, sekarang dia mempunyai banyak ganjaran, dan dia kini menjadi wali besar." Kerana satu doa, Allah jadikan seseorang yang tidak pernah beribadat sepanjang hidupnya menjadi wali.


Inilah doanya...

DOA ISTIGHFAR REJAB

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku memohon ampun kepada Allah, Yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri. Aku bertaubat kepada-Nya dari semua perbuatan durhaka dan dosa. Aku bertaubat keada-Nya dari semua ucapan, perbuatan, pendengaran, penglihatan, dan pikiran yang dibenci Allah.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon ampun atas dosa yang telah aku kerjakan di masa lalu maupun yang mungkin akan aku kerjakan di masa yang akan datang, dosa yang disebabkan kerana aku melanggar batas-batas ajaran agama, dosa yang aku sembunyikan atau yang aku tampakkan, serta dosa yang Engkau lebih mengetahuinya daripada aku sendiri. Engkau Yang Maha Mendahulukan lagi Maha Mengakhirkan, dan Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon ampunan atas setiap dosa yang aku lakukan kembali setelah aku bertaubat kepada-Mu. Aku memohon ampun atas suatu amalan yang aku maksudkan untuk-Mu, Yang Maha Mulia, tetapi aku telah mencampurkan amalan tersebut dengan sesuatu yang tidak Engkau ridhai. Aku memohon ampun atas janjiku kepada-Mu yang kemudian aku khianati. Aku mohon ampun atas perbuatan yang mengikuti hawa nafsu yang sebelumnya aku kira merupakan keringanan dari-Mu, padahal terlarang menurut-Mu
Aku memohon ampun kerana kenikmatan-kenikmatan yang telah Engkau berikan kepadaku telah aku manfaatkan untuk kedurhakaan. Aku memohon ampun atas segala dosaku yang tidak ada yang dapat menghapuskannya selain Engkau dan tidak ada yang mengetahuinya selain Engkau. Tidak ada sesuatu pun yang akan mampu menghapuskan dosaku kecuali dengan rahmat dan kemurahan-Mu. Dan tidak ada sesuatu pun yang dapat menyelamatkanku dari dosa kecuali dengan ampunan-Mu.

Aku memohon ampun kepada-Mu untuk setiap pelanggaran sumpah yang telah aku ucapkan, padahal aku telah terikat dengan sumpah itu di sisi-Mu. Aku memohon ampun kepada-Mu, wahai Dzat yang tiada Tuhan selain Engkau. Mahasuci Engkau, sesungguhnya aku termasuk ke dalam golongan orang-orang yang dzalim. Aku memohon ampun kepada-Mu, whai Dzat yang tiada Tuhan selain Engkau, Yang Maha Mengetahui yang ghaib maupun yang tampak dari setiap kejahatan yang aku perbuat di terangnya siang maupun gelapnya malam, kejahatan di saat makhluk-Mu penuh dengan kesibukan maupun senggang, yang tersembunyi maupun terang-terangan, dan Engkau melihatku ketika aku melakukannya. Engkau Maha Melihat kesalahan dan kedurhakaan yang pernah aku lakukan, baik kerana kesengajaan, kesalahan, maupun lupa. Wahai Yang Maha Penyantun lagi Maha Mulia.

Aku memohon ampun, wahai Dzat yang tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk ke dalam golongan orang-orang yang dzalim. Wahai Tuhan, ampunilah aku, kasihilah aku dan terimalah taubatku, karena Engkaulah Yang Maha Penyayang diantara para penyayang. Ya Allah, aku memohon ampun untuk setiap kali aku meninggalkan kewajiban yang telah Engkau wajibkan kepadaku untuk mengamalkannya sepanjang malam dan siang kerana sengaja, salah, lupa, atau lalai, padahal aku akan dimintai pertanggungjawaban terhadap kewajiban tersebut. Aku memohon ampun kerana berulang kali meninggalkan sebagian atau seluruh sunah Nabi Muhammad SAW-junjungan para Rasul dan penutup para nabi--karena lalai, malas, bodoh, atau lengah, sedikit maupun banyak.

Dan aku memohon ampun kepada-Mu, wahai Dzat yang tiada Tuhan selain Engkau, Tuhan semesta alam. Kepunyaan-Mu segala kerajaan, milik-Mu segala pujian, dan bagi-Mu ucapan syukur. Cukuplah Engkau bagi kami, yang menjadi sebaik-baik Pemelihara, Pelindung dan Penolong bagi kami. Tidak ada kemampuan dan kekuatan melainkan yang berasal dari Allah, Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Semoga Allah melimpahkan shalawat dan kesejahteraan sebanyak-banyaknya kepada junjungan kami, Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya. Segala puji hanya milik Allah, Tuhan semesta alam.






Betapa besar nya nikmat yang Allah S.W.T berikan kepada kita semua. Selamat Beramal....






~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

# wednesday tatau nak cakap apa...# SushiKing








~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

soalan yang buat orang nak muntah ijau..

Hye olss... tengok title entry macam hape je kan..Huhuuhu.. Ekceli CR dah lama nak taip pasal benda ni. Tapi bila datang je idea lain, trus terlupa pasal benda ni haaaa...nampak sangat CR dah tua kan? hihihihih...

Camni cite nye.. 1st CR nak tanya la kan.. ape perasaan uolss smua bila orang tanya soklan yang uolss tak berapa suka? lagi-lagi orang tu adalah orang yang baru uolss approved friend request nye dalam FB 2sec yang lalu.. Ok, CR paham maybe orang yang bertanya tu tak tau yang kita ni tak suka dengan soklan tu kan. Tapi before tanya tu, leh pikir dulu tak "ape motip aku nak tanya soklan yang camni kat orang ni?"

Nak tau ape contoh2 soklan yang selalu buat CR nak muntah ijau bile bace kat chat or PM dalam FB tu??? sila ushar di bawah ye... :)

Scene chat... [after 2 or 3sec friend request di approved]

mamat:    hi awak..sihat.. tengs ye coz approve request kite..
CR:         ye..hi..sihat2 je...sama-sama... :)
mamat :   awak ngah keje eh...?
CR:         aah..sori ye kalo tak rep coz sy on9 jap je nih
mamat:    ooooo...ngah keje..keje ape tu?
CR:         keje biasa2 je..
mamat:    yela..keje biasa2 tu keje ape.. [mula rasa mamat ni sebok nau ni nape?]
CR:         keje kerani cabuk je...
mamat:    oooo...tapi takkan kerani cabuk leh main2 tenet camni kan..sure keje best ni. [see..see..gile kpoh ]
CR:         eh..yeke..abes tu kerani cabuk takleh guna tenet la kat opis ek?
mamat:     yela kot..heheeh..niway awk keje kat mana ye?swasta ke gov? [again, kpoh lagi]
CR:         keje swasta je..gaji pun kecik..lepas la nak wat belanja bulan2.. :)
mamat:    Eekleh...yela gaji kecik tu.tengok pic awak posing dengan keta baru tu ha. [sgt2 annoying nak muntah ijau]
CR:         eh..salah ke tumpang posing dengan keta orang lain?
mamat:    tengok tu nak blakon lagi..awak..gtau la bebetul awak keje ape ni.. [mamat ni memang nak kena!! ]

Trus off chat, lelaju pi kat wall mamat tu and UNFRIEND!!! senang cite.. to those yang suka tanya soklan lebih kurang camni kat orang kan. ekceli ape motip uolss eh?????? cecite cecite sketttt..

Bagi CR la kan..orang yang suka tanya camni ESPECIALLY jejantan la kan..dorang ni sebenar nye saja nak test market je kot. Nak tembak-tembak kot terkena kat awek yang keja best income ribu riban je kan..Muahahaahha.. opsssss!!! sowiii kalo ada jejantanzz yang terasa.

Ye la..kalo bukan tu, then ape motip korang nak tanya soklan bodo camni??? yet korang baru je kenal dengan orang tu. kenal pun dalam FB. dah gelojoh p tanya pasal keje org tu la,kete moto orang tu la.. Aloiiiii..... cuba la intro soklan yang memang nampak korang tu ikhlas nak berkawan nak kenal-kenal..kan buta je dah kena UNFRIEND.ala..kalo CR unfriend pun, bejuta lagi orang yang leh korang friend2 dan tanya soklan bodo tu lagi..Haahahaaa...




~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

orang dan duit

Adakah duit tu segala-galanya untuk semua???? Ofkos la YESSS kan.. tapi adakah duit tu boleh datang terbang dari langit tanpa usaha or kerja???? Haaaa...yang ni la CR nak sembang-sembang sikit nih..



Ekceli kan, CR agak terganggu la dengan maknusia-maknusia yang suka dok tag CR kat FB dengan gambaq depa dok posing baekkkkkkkk punyaaa dengan duit yang banyak-banyak tu....
Motip????????? kokonon nya dok rilex lepak-lepak pun duit boleh terbang mai kat kita.. Muahahahah....adoiiii... kalah lawak Maharaja Lawak camni tau..

Kak Jemah weh...mai sini CR nak habaq sikit naaa.. kita ni sebagai maknusia memang hakikat nya kita nak duit. Sapa takmau hidup dalam kemewahan kan. Tapi biaq lah kita rasa kesusahan sebelum nak kecapi kesenangan tu. Cuba Kak Jemah bayangkan hari-hari hidup Kak Jemah di penuhi dengan gambaq-gambaq orang yang dok posing dengan duit ja. Tak berpinau ka mata nengok nyeeeee... CR cakap ni bukan sebab CR dengki... siyesly NO!!! buat apa la CR nak dengki kan..kalau takat nak posing pastu pegang duit banyak-banyak yang belum tentu kita punya tu.CR PUN BOLEH!!!!!




CR bukan nak merpelekeh or memperkecik kan la biznez-biznez yang Kak Jemah dan Abang Jemah dok buat ni. Sikit pun dak.. Cuma kadang-kadang bila pikiaq dengan otak yang waras ni, macam sikit tak masuk akai la.. Perompak nak merompak pun depa terpaksa kerah otak nak cari idea dan strategi baru supaya tak tertangkap. Tu tak kira lagi berapa banyak depa punya buang masa dok p "skodeng dan ushar line" tempat baeeekk nak merompak tu. Smua nya guna tenaga dan usaha. Even usaha depa tu kearah jahat la kan..
Tapi bila tengok tagline-tagline biznez Kak Jemah ni, " Login FB ja dapat duit" "Bukak internet ja dapat duit " apa kemende tu Kak Jemah weh...

Ada pulak yang siap kena kasi modal lagi. Fuyooooo...modal as low as RM20 pun leh dapat untung ribu riban woo..tak payah keluar peluh la tu. Bahagia nya hiduppppppp!!!!! kalo lah nak dapat kan duit as easy as this, agak nya takde la perompak,penyamun, penipu dan seangkatan dengan nya kot dalam dunia ni... Kan....

So, as penutup CR nak tekan kan sekali lagi la.. Kak Jemah dan Abang Jemah nak wat gak biznez ni ampa punya suka la. Tapi pehlissssss la...toksah la dok lebih-lebih posing sakan dengan duit tu semua. Bahaya tau dak..Kalau orang jahat cam muka ampa, pastu dia aim nak bunuh ka, nak rompak ampa camna???? ampa dah gatai-gatai pi sua tengkuk kan.. kalo kena sendiri mau dok ingat la...



Last but not least... TOKSAH LA DOK TAG ORANG BANYAK_BANYAK KAT PESBUK TU SMUA DENGAN GAMBAQ-GAMBAQ DUIT AMPA TU~!!!! SO ANNOYING TAU DAK!!!!!!!


:: gambaq smua ihsan dari encik google (^_^)::

~~ C.H.O.W~~
CikRangers (CR)

SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN

Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!! 

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi??  

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu". 

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.. 

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid : 

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya WAJIB qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka WAJIB baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang WAJIB diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -
perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka bagi
nya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya. 
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!! 


Hurm...info ni CR dapat dari email. CR share kan dalam ni agar dapat kita sesama tambahkan ilmu di dada.Lagi-lagi ilmu agama ni.. Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup tau semua nya tapi kita terlupa yang manusia sentiasa khilaf.. CR hope info ni dapat la memberi satu input baru kat sema kawan-kawan CR dalam ni k...


p/s: kalo ada yang kurang tepat dalam info diatas ni,sila lah share untuk kita sama-sama perbetulkan ye..


~~ C.H.O.W ~~
CikRangers (CR)

Ini memang dasyat!!

Pergh...masa dapat email ni tadi memang CR agak terkejut. Ekceli CR ni jenis blur sikit orang nye tau.. So,dah renung lama-lama baru lah CR paham cerita di sebalik cartoon ni...

Nak tau ape???? Mai kita tengok naaaa....

Tapi awai-awai CR nak warning nih..jangan ada pulak yang kata CR ni lucah je kerja nya yeeeee.... ni just sharing-sharing je yeeee...




Opssss......memang komik ini akan meluzaaah kan dan CR just dapat ni dari email k...

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers (CR)

BEN ASHAARI AJAK TUKAR LINK







CR baru teringan yang segmen Abg Ben ni tutup malam ni.. Hope sempat lagi la ye mengjoin lan diri... Hope dapat la kenal2 lagi dengan blogger baru dan lama yang lain.. (^_^)

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers

bosan bila ada audit!!

I am soooooooooooooooooooo damn tired right now. Semalam je CR berumah kat opis ni sampai pulul 10pm. Then this morning pulak, early2 lagi CR dah datang ke opis balik.. Semuanya gara-gara ada AUDIT from BURSA MALAYSIA!!!! danggg..gila macam-macam la dorang ni nak.

Tau la tugas dorang memang untuk audit-audit kan..tapi agak-agak la sama. Ni if can sampai ke celah-celah bedah dorang nak selongkar.. Haissssh... yang teruk dok prepare barang-barang yang dorang nak ni CR la.. Memang la section CR ni is a small section je dalam IT department ni.. Tapi even small section je, function we olss sangat lah besar tau coz we olss is the PIC for system and server kat HQ ni and to all branches. So, memang la banyak benda-benda mak alah yang Tuan Puan Audit ni mintak...

Nak melawan pun tak boleh..dorang buat kerja dorang and CR pun kena lah ikut ape dorang nak. So sekarang ni OFICIALLY nye muka CR  dah jadi ala-ala ini...







Nak mengeluh pun tak guna kan. so layan la penat sorang-sorang.. Waaaaaaa........ ceq nak pengsan dah mak!!!!


p/s: ni baru auditor dari Bursa.. nanti datang pulak auditor dari BNM.. lagi la lunyai jadi nye..haisssshhh...


~~ C.H.O.W ~~

CikRangers (CR)

woman exploitation????

Hye korang.. malam ni kan CR rasa macam nak talk2 skit pasai issue ni even CR rasa issue nk agak berat gak. Its bout woman exploitation. As a gegirl or woman la kan.. CR kadang2 rasa macam orang pompuan ni selalu je di exploitasi dalam terms2 yang agak kurang baek. Lagi2 terms2 seks ni..

Hurm...but nak cakap lebih2 pun CR tak brani la sebab masing2 ada cara pemikiran masing2 kan.. Masing2 leh pikir ape yg dorang buat tu. Contoh nye macam dalam some iklan2 yang kita dapat tengok kat luar sana tu. If tanya kat advertising company, sure dorang jawab tu just iklan yang hanya nak menarik customer je.. and ada lak yang guna kan kaum wanita ni sebagai aset untuk dapat kan something... Haisssshh.. kami ni hadiah peraduan gores dan menang ka??????





Tapi kadang2 kalo pikiaq kot kiri..tadi tu pikiaq kot kanan la kan..hehehehe.. benda ni leh terjadi sebab kaum wanita tu sendiri gak. dalam sedar atau tak, sometimes kaum wanita ni sendiri yang rela diri dorang di eksploitasi. Hurrrrmm...caner tuh????
CR bukan nak kata kat kaum sendiri ye..tapi ni lah hakikat nya. Macam pepatah dolu2 gak la kalo tepuk sebelah tangan takkan berbunyi unless ada org halimunan kat sebelah. Hihihihi.. :)



So, ape2 pun kita pikir la sesama ke either kita kaum perempuan ni mangsa exploitation or kita sendiri yang rela di exploitasi with or without sedar..


~~ C.H.O.W ~~
CikRangers (CR)

happy weekend olsss

 Hye uolss.. just a quick hupdate. Ekceli CR curi2 hupdate belog while waiting restore library dalam system ni done. Nak banyak la pulak barang nak kena restore arini.. Nak hupdate entry yang best2 pun kelaut je jadinya...
CR tak suka restore2 ni coz CR baru handover mende ni. So,not yet master on it. Memang gelabah gile arr wat mende alah ni kan.. tak suka pun kena pulun gak la kan.Kang tak pandai,kena marah baru padan muka CR!! huuhuhu..

Hurm... niway, selamat bercuti ye korang..Kot2 la ade yang dapat loooonggggggggggg holiday while school break ni kan.. take care, drive ati2 and jangan nakal2..muahahha.. daaaa...

haaa...Encik Froggy pun dah siap nak jenjalan deting meting dah ni..Hihihhi..


~~ C.H.O.W ~~
CikRangers (CR)

SELAMAT DATANG BULAN REJAB




Pejam celik..pejam celik esok dah masuk 1 Rejab.. pastu masuk pulak bulan Syaa'ban then datanglah Ramadhan...

Tau tak korang bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda,  bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH,maka baransiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.. Insyaaallah...

Petang ni CR nak share kan skit kelebihan bulan Rejab ni..

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a)       Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b)       Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c)       Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.


Banyak lagi hadis2 yang menyebut tentang kelebihan bulan Rejab ni dan yang CR publish kan ni ada lah salah satu nye..
Hurm..sok Insyaallah kalo takde apa2 halangan, CR pun akan mula berpuasa sunat.. Uolss pun kalo yang mampu sihat tubuh badan tu kalo nak join CR pun leh gak... (^_^)

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

Mai kira tariff baru letrik rumah korang

Hye olsss... Assalammualaikum.... Dah lunch? HOpe smua dah la ye..
Arini CR nak share dengan uolss smua calculation tariff baru dari TNB. Masa tengok ni tadi, trus tesemboq sandwich CR wokeh. Gila aahh mahal gile dia naik. Jenuh nak membayau bil letrik la ujung bulan ni..

" Mak, Adik... NO MORE aircond dah!!!! " huhuhuh..kejam dak????

Tapi wat to do.. kena do something la untuk reduce cost kan..kalo slalu average dok kena RM100 tapi tup2 nak kena bayaq sampai RM120 ke 130 camtu jenuh la gak kan.. Papepun mai kita tengok list nye dulu naaaa...

Haaa..sila ambik bil letrik uols dan buat calculation sekarang k.. Agak terasa gak la nak membayau nye nih..

Agak nye apa la solution untuk reduce letric usage ni eh? Kalo nak reduce petrol leh la nak gune e-booster ke apa ke nama nya tu.. huhuhuhu.. agak nye kena kurangkan alatan letrik dalam umah la camni..Hahahaha

~~ C.H.O.W ~~
Cikrangers (CR)

wordless wednesday...







psstt2..sejuk rupa nye tangan CR nih..muahahaha.. :p

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers (CR)

KUTU KEPALA???

Salam Olsss.. adeh..gatai nye kepala??? ada kutu ke???? Oh Pehlis....kepala hotak CR ni bebas daripada jangkitan segala jenis kutu ye!!! heheeheh :)
Haaaaa... sure korang mcm takut je kalo tau orang yang dekat dgn korang tu berkutu. Siyes beb, CR pun akan stay away skit la kalo CR pun tau orang2 yg CR sayang and yang slalu ada dengan CR ni berkutu. Kutu ni dia leh berjangkit tau. Kalo lambat kesan,alamat kepala kita jadi zone bebas cukai la untuk kaum kerabat kutu mutu ini..

 errrr..siyes geli nengok kutu ni..kalo dapat nak kasi mati kena picit dengan kuku.nanti dia akan ade bunyi mcm "tiiiittt" camtu haaa...huhuhuhuh

CR rasa zaman skolah2 la zaman paling senang untuk dijangkiti atau kita ni yang menjangkitkan orang lain dengan penyakit kutu. Ala..korang takyah tipu la..masa skolah2 rendah dulu sure korang pun hampir2 or dah terkena dengan penyakit ni.. Tergaru2 kepala macam hagemaru dah.Hehehehehe..
Solution nye kalo dah berjangkit ni, mesti korang kasi kerat itu rambut kan? pastu p pasar malam beli sikat kutu yang kalo kena je kulit pala macam nak tersiat2 je kulit tu ha... then last nye mak abah pegi farmasi beli je shanpoo kutu tu.

 hambikkk ko.... pleaseee que ye hadik-hadik....ohooiiii hoiii..

Meh cni CR nak share skit info pasal kutu ni dan ada cara tradisional untuk merawat nye selain dari solution2 yang CR kasi kat atas tu..


Kutu kepala merupakan kutu yang hidup di rambut kepala dan menginfeksi kulit kepala. Kutu-kutu tersebut menghasilkan telur berbentuk oval dan berwarna putih yang melekat pada rambut. Dalam waktu singkat, telur kutu berubah menjadi kutu dewasa. Kutu kepala sering dijumpai pada anak-anak.
Kutu kepala pada rambut disebabkan kerana kurangnya menjaga kebersihan rambut dan kulit kepala. Penularan kutu kepala melalui hubungan langsung atau melalui sisir yang dipinjam dari penderita yang berkutu.

Tanda-tanda adanya kutu pada rambut kepala yaitu:
  1. Kepala terasa panas dan gatal yang hebat sehingga selalu ingin menggaruk.
  2. Lecet pada kulit kepala bekas garukan.
  3. Benjolan kecil tanda bekas gigitan yang diseertai rasa gatal.
Untuk mengatasinya, dapat menggunakan daun srikaya yang banyak dijumpai di pekarangan rumah. Caranya:
  1. Ambil 10 lembar daun srikaya dan satu buah srikaya mentah beserta bijinya.
  2. Cuci semua bahan hingga bersih kemudian haluskan.
  3. Tempelkan pada kulit kepala secara merata dan bungkus dengan kain atau handuk.
  4. Biarkan selama 3 jam, lalu keramas sampai bersih.
  5. Lakukan secara teratur sampai sembuh.

p/s: credit pertua to laman INI..
Haa...ok tak petua ni.. Err...pokok dan buah srikaya ni kalo tak salah CR bukan sama dengan pokok buah NONA ke??? kalo salah tolong betul kan ye....

Akhir kata : Jom pakat ramai2 membasmi penyakit kutu dalam keluarga kita!!! Hahahaahha. (^_^)

Pssssttt...!!!! ade ke kutu kat tempat2 yang lain lagi eh??? Teeettttttt....!!!!

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers (CR)