hati apakah mereka???

Salam olss..dah lama kan CR tak post entry baru kat belog ni. Tengok belog pun dah tersadai macam kereta rosak tengah tunggu spare part je.. :)
Tapi apa boleh buat, CR kebizian menyiapkan kerja2 yang lagi la penting tau.[penting la sgt kan kalo takat dok menung kat opis ni je.. :p ]

Rasa macam skema rama lak ayat2 CR dalam entry ni. What to do... KeEMOan di dalam hati masih tersisa lagi. CR masih sedih bila teringat berita menyayat hati yang dilaporkan baru2 ni iaitu tentang baby yg dikelar oleh mak dia hingga terburai isi2 perut nye..
Ish3..masa tengok gambar baby tu dalam FB, air mata ni terus turun laju je macam hujan yang mencurah-curah. Kesian sangat sebab baby tu tak tau apa2 pun. Kalau lah dia tau dia bakal di lakukan sedemikian oleh ibunya sendiri, CR rasa dia pun tak nak lahir ke dunia ni.. :(

Memang CR akui yang CR sangat2 marahkan si ibu yang berusia 16tahun itu. Kemanakah agak nya hilang kewarasan akal fikiran dia hingga sanggup membunuh anak sendiri??? Setiap kali terbaca berita kes pembuangan bayi, otak CR mesti tertanya berbagai-bagai soalan...

"kenapa mesti dorang buang anak tu??"
"dorang tak rasa rugi ke dah usung perut tu pimai2 selama 9bln pastu campak je anak tu sesuka hati??? "
" dorang ni tak alami alahan macam ibu2 mengandung yang lain ke sampai orang tak tau yang mereka ni pregnant?? "
" mak slalu cakap bersalin tu sakit.macam nak putus nyawa..tapi dorang ni berani je beranak sorang2?? "
" mana dorang belajar cara2 bersalin ni ha? siap pandai potong tali pusat,sambut baby asingkan uri bagai..??"
" lepas bersalin tu dorang tak pergi klinik check kesihatan dorang ke?jahit balik tempat bersalin tu ke apa ke..?"

Haaa..kan kemain banyak soalan dalam kepala CR ni.. korang ada terpikir tak ape yang CR pikir ni?? CR siap buat muka tak malu lagi tau tanya kat SIL CR camne proses2 orang bersalin ni.Hahhaha.. ye la.kalo tak tau kena la bertanya kan? Nanti2 time CR pula dah leh bersedia.. #matilah


Ok back to the topic. dah melalut pulak CR ni kan.. Yes, memang CR marah gile kat budak pompuan tu. Kalau dapat dia mememang nak balas je apa yg dia dah buat kat baby tu. Biar dia rasa camne sakit nye kena kelar!!
Tapi bila pikir secara tenang, maybe tak boleh nak salah kan budak pompuan tu 100%. Kita tak tau camne keadaan dia saat tu. Kalau anak tu anak 'HALAL' opkos masa nampak je muka anak tu at the 1st time, sure dia peluk2 nangis2 siap bersyukur kat Allah.
Tapi ni anak yang korang sendiri pun paham2 la kan. Pastu dengan dia pulak muda lagi. Baru 16 tahun apa la yang dia tau. Maybe masa anak tu keluar dia jadi gelabah,takut,keliru dan tah hapa2 lagi la yang dia rasa kita pun tak tau.. Rasa simpati kat dia pun ada gak sikit2..Tapi nasik dah jadi bubur kan..ape leh buat lagi..

Apa2 pun CR harap lepas ni budak pompuan tu akan insaf la..even dia bukan beragama islam (ni CR dengar kat mana tah.if salah betul kan ye) tapi as sesama manusia kita should berdoa  agar 1 day dia sedar apa yang dia buat ni salah dan berdosa....
Ramai suami isteri kat luar sana yang ingin kan zuriat dalam marriage dorang tapi takde rezeki. Yang korang dah di beri rezeki ni even gatal korang yang sendiri cari suka suki je bunuh2 campak2..sighhhh....

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

No comments: