Mengahwini wanita hamil????

Assalammualaikum olss.. entri today agak berat skit la. Tapi CR memang dah lama pun tertanya-tanya tentang topic ni. Entri ni CR copy dari email yang CR dapat aje. So, kalau untuk tambah kan ilmu, cer try tanya lagi pada ahli2 ulama' yang lebih arif.

Hope apa yang CR nak share ni dapat la kita sama2 pikir wokeh...

Mengahwini Wanita Hamil

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5. Perkahwinan
seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya
memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat  tahu anak pregnant  luar
nikah, cepat cepat  kahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK
SAH, maka pasangan itu  kelak hidup dalam zina sampai bila-bila...
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak  persoalan  lain
timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda  di  sini
kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum
berkahwin didapati hamil anak luar nikah?


Jawapan 1 : Gadis itu  tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
....................................................................................................................

 

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia  mengahwini
gadis itu, bolehkah mereka bernikah?


Jawapan 2 :  Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu
dilahirkan.
....................................................................................................................

 

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh
mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada
bayi yang dikandung itu.
....................................................................................................................

 

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk
memperbetulkan keadaan?


Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan  itu mestilah menunggu
sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak  mengandung, barulah
mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
....................................................................................................................

 

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina  kerana pernikahan itu
tidak sah.
.....................................................................................................................

 

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk
menuntut apa-apa daripada ayahnya.
........................................................................................................................

 

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada  anak
tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya
sendiri?


Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

.........................................................................................................................

 

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau
bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang
sewajarnya?


Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga
perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
..........................................................................................................................
 

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah
saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain
sendiri?


Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab
anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan
keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan
tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.


CR copy bulat2 email ni without edit pape pun. Selama ni memang ada CR terpikir, orang2 yang terlanjur tu, yang awek dorang dah preggy tu then baru dorang pi kawen kan, SAH ke perkahwinan dorang tu??? sebab kalo tak salah CR la kan, pompuan yang hamil tu tak leh berkawen selagi dia tak bersalin dan tak kembali dalam keadaan suci.

So, bila dapat email ni, CR dah mula paham. Sekarang ni CR nak share pulak dengan uols. Tapi CR tak suruh uols terima apa yang CR share ni tau. Kalau nak yang lebih details dan tepat, buat lah research sampai rasa puas hati.


UDATED 13/09/2011 : 6.40PM: selepas wat skit research, CR rasa link INI banyak bagi input tentang topik ni.Hope uolss smua silalah baca di link tersebut agar tiada salah paham lagi lepas ni ye.. 

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

8 comments:

Nyamuk Terbang said...

info nie berguna
hukum ALLAH xleh buat main2
thanx for share

CikRangers (CR) said...

Nyamuk: sama2..mmg CR pun dok cari pasal ni.so,sama2 la kita share ye

PinKy MoMMa said...

moga leh jadi perkongsian yang baik utk kita smua :)

pssst CR sis rasa nak tergelak baca komen kt blog sis tadi..padan muka SA tu kan hahahaha

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Assalamualaikum,

Lebih elok sekiranya CR dapat sertakan sekali Nas-Nas dan Dalil-Dalil untuk meyokong Jawapan diatas. Sebab hal Agama nie tak boleh buat main-main tau. Nie sekadar teguran je, jgn ambil hati ye..:-)

InsyaAllah kalau ada masa nanti Jamal cuba cari dalam kitab-kitab fiqh dan hadis berkenaan hal ini. Kalau jumpa nanti Jamal inform CR ye..

:-)

CikRangers (CR) said...

PinkiMomma: hahaahaa..tue la.padan muka.mak siap amik langsir ready made yg wat display tu.pastu ada SA tanya apesal makcik ni nak amik yg ni.ada duit ke tu suruh org tanggal2? skali mak ckp,ni nak cask ke debit?wakakakaakak..

CikRangers (CR) said...

Jamal: CR tak amik hati pun dgn teguran Jamal :)
awal2 entry lagi CR dah cakap mintak readers cari dan tanya kat ulama' yg arif tentang benda ni..
tp sgt bagus kalo jamal pun sama2 mencari lebih detail lagi tentang ni.. :)so,leh la kita bandingkan dan amik yang tepat..

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

InsyaAllah..Jamal akan usahakan nanti untuk panduan kita semua..

:-)

CikRangers (CR) said...

Jamal:bagus..ni la gabungan mentor dan protege..hehehe..Insyaallah CR pun akn try cari lagi dan tambah upd kat entri ni..