wordless wednesday #8














Errrr...toing3...tak tau ape nak cakap. But memang rare lah!!!!

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

titi gantung ini sangat cool!!!

Pergh..even CR ni sokrang yang agak gayat..err..bukan agak..tapi memang gayat kot.Hehehehe.. tp CR tetap rasa titi gantung ini sangat2 cool and superb..









Muahahahaha....tata..... (^_^)
~~ C.H.O.W ~~ 
CikRangers(CR)

in marriage life....maybe mine, urs or anyone..hehehehee






 Nota Rangers:-  belog semakin kurang hupdate. CR tak brapa sihat.tunggu hospital memanggil je nih.So,nak karang entry pepanjang, zaaz2 orang macam selalu memang kureng hado la eh..nanti dah sihat, CR kasi kaw2 nye entry macam selalu..ngehhhh.... tatatatatatata.... :)



~~ C.H.O W ~~
CikRangers(CR)

Haaa...melopong ye ko jah..padan muke!!

Oit korang!!!hehehehe...tanjat tak? Opsss..sowi..meh bagi salam dulu lah ye.. Assalammualaikum dan salam hari Khamis olss.. (^_^).... Today CR nak share2 skit cite pasai SA [sales assistant] yang sangat2 kekwat. Kalau kek coklat sodap la gak kan. Ni kekwat..apa mau bikin??? sendiri rugi lah ye..

Ekceli CR ada la terbaca entry PinkyMomma pasal dia hangen gile dengan sokrang SA kat kedai kain ni. Alololo..baru SA kedai kain kocik pun dah nak kekwat ye dik??kalau la ko keje dekat butik LV ke, Ferragamo ke, COACH ke camne la gamak nye kan..ish3..sodih la ekau ni...

So, arini CR pun tergerak hati nak share gak pengalaman CR dengan SA yang kekwat mekwat ni. To those yang working as SA tu, amik2 la iktibar k.Jangan kekwat sangat dengan customer tau..tak baekk woooo..

Last year masa cuti sempena Deepavali tu, CR and famly sakan la jenjalan ke KL nun. Dengar2 nye macam ada SALES gile2 je. So,berbekal kan poket yg berkepuk2 baru dapat duit kutu, we olss pun bermalam la kat sana..(oih..apesal macam esei bdk skolah je nih??? )
CR decide nak bawak MamaRangers(MR) jenjalan abehkan duet kat Jalan TAR je coz kat situ kan senang. Smua kedai ada.tak yah la nak jalan jejauh sangat. Bermula lah aksi sebey menyebey window mewindow dari 1 kedai ke 1 kedai. MR decide nak cari langsir. Nak dibeli buat raya katanye.. Kelesss MR kan, taun ni nye raya, taun lepas dia dah siap beli langsir.Muahahhaah..lebiu la mak!!! :)

 gambar hasil encit goole.takde related langsung dengan kedai dalam ini entry ya...

Then masuk la we olss dalam 1 kedai yang agak pemes amos ni. Takyah la kot mentioned nama kedai tu. Kang kene saman mampus je nak membayau nye..CR kan kajang pak malau je..huhuhu..sob..sob..
Dah memang hajat tu nak beli langsir kan, so we olss pun trus je gerak ke bahagian langsir. Masa sampai tu,memang takde customer pun kat dalam and SA nye dok lepak2 kaknam2 je among them.
Its ok, we ols pun teruskan misi mencari langsir yang dihajati. MR pegi 1 side, and SIL CR plak pegi 1 side. Yang pelik nye, takde sorang SA pun yang datang tanye2 or layan we ols ni. Tak ke pelik coz kalo gi memane pun, sure SA ni suke je ikut punkoq customer kan. Ni sampai we ols panggil2 nak tanya pun wat bolayan je.. Eh..ini sudah lebehh arr ni..tak nak keje ke weh????

Then CR cakap kat MR, "depa ni saja ja takmau layan kita tau. Pasai depa ingat kita takmau beli takpun depa ingat kita takdak duit."
MR angguk je dengar CR cakap. Yela, masa pegi tu memang we ols dressup simple je. Takde stylo milo macam mak datin bagai. But..but..but..jangan la tengok pada pakaian kak bedah wooiii..Sebab, tak semua orang amalkan prinsip biar PAPA ASAL BERGAYA TU... 

Cian plak tengok MR dah berkenan sangat2 dengan 1 langsir ready made tu.Memag lawa la.Tapi apa nak buat kan, dah orang takmau layan. Tetibe datang 1 ahkak ni.Tadi tak plak nampak dia.magic betul ahkak ni tau..Tanjat gegirl wokeh... Ahkak ni datang kat MR then tanya nak cari langsir yang macam mana.Dia leh tolong suggest2 kan mana yang ok. Then MR trus tunjuk langsir ready made yang dorang letak kat display tu. Memang MR nak yang tu gak2. Ahkak tu cakap ok.Dia tanggalkan direct dari display panel tu..

Pastu kan olss.. tetibe je ni datang lak sekor kaknam yang dok sembang2 tadi tanye,"apehal ko nak bukak langsir display ni????" makcik ni nak buat ape??? " ish3..kuanghajo betul la akak ni.mau je aku kasi tampar lapanplohlapan harkat nih..
Pastu kan..ahkak yang baek hati tu pun kasi zaaz balik la, " makcik ni nak beli la..takkan nak curi plak kot....." yihaaaaa...ko memang SuperAhkak la!!!mmmuahhh3 kat ko kak....

Then ahkak tu pun tulis receipt suruh MR pegi setel kat cashier dulu while dia nak lipat2 langsir tu. Before sampai cashier sempat lagi MR rembat langsir yang jurai2 macam tali tu. Sampai je kat cashier MR dengan kekwat nye kasi getah balik sama itu kekwat punya staff... "ni nak makcik bayaq pakai debit ka cash?? "
Muahahaha..mak ai tak maen credit2 ye..dia maen debit2 je sekarang ni.Wakakaakakaka.. Tak menyempat cashier tu nak jawab, trus MR cakap dia nak kasi cash je.
So,ape lagi kan.. its a show time... !!! skali nga alip nga alip mulut SA kat situ smua tengok MR kuarkan duit dari dalam beg dia. Gile tebal tu..Muahhahaaha... Haaa ko..tu la..jangan pandang smua orang pakai macam nak pi pasar borong slayang tu takde duit wokeh!!!!
Then turn SIL CR lak nak mintak dorang potong kan kain yang dia nak,laju je berebut dorang nak layan. Tapi soriiiii lah ye.. SIL tetap nak guna sebis dari ahkak yang baek hati itu.. Alhamdulillah..bertambah la komisyen ahkak yang baek hati itu that day....

 wekssss.... :p padan muke..tu la..jangan berlagak sangat.kan dah terlepas rezeki....

So,pengajaran nye hari ini hadek2 dan ahkak2.. sila la jangan cepat buat penilaian dekat orang lain. Layan je smua manusia ni sama rata. Kalau nak double2 standard ni biarlah pada tempat nye. Or maybe tak perlu langung lah kot. Nanti mati kubur ko dengan aku tetap sama gak. Takde beza nye pun kan.. Renung2 kan dan selamat beramal!!!!


~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

Tenkiu ApisV2....!!!!

Olaaaa olsss..wah..hepi nye arini..hepi coz dapat guna doodle muka sendiri as header. So,takyah la lagi letak gambar bebetul.Kihkihkih...

Haa..amacam? comel dop doodle CR tu???? siyes CR suke sangat tengok doodle tu wokeh. Tapi sayang nye tangan CR ni al keras al batu lah nak wat doodle sendiri kan. So, doodle CR tu di lukis oleh encit Apis secara FREE lagi wokeh.. like..like sangat mende free2 ni tau.Hihihihi...

Makasih encit Apis coz lukis doodle CR ni. Comel gile la..gile pun tak comel camni tau. Even encit Apis lukis secara free, tapi hasil nye tetap mabelesssss... teruskan lagi ye melukis doodle yang comel tahan rangers.. CR jeless tau dok try2 lukis tapi tak jadi gak doodle ni..jadi macam noodle ada la..gulung2 je line gambar tu.hahahaahhaa...

To encit Apis.. TENKIU MANYAK2 YE !!!!!

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

Mengahwini wanita hamil????

Assalammualaikum olss.. entri today agak berat skit la. Tapi CR memang dah lama pun tertanya-tanya tentang topic ni. Entri ni CR copy dari email yang CR dapat aje. So, kalau untuk tambah kan ilmu, cer try tanya lagi pada ahli2 ulama' yang lebih arif.

Hope apa yang CR nak share ni dapat la kita sama2 pikir wokeh...

Mengahwini Wanita Hamil

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5. Perkahwinan
seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya
memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat  tahu anak pregnant  luar
nikah, cepat cepat  kahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK
SAH, maka pasangan itu  kelak hidup dalam zina sampai bila-bila...
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak  persoalan  lain
timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda  di  sini
kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum
berkahwin didapati hamil anak luar nikah?


Jawapan 1 : Gadis itu  tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
....................................................................................................................

 

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia  mengahwini
gadis itu, bolehkah mereka bernikah?


Jawapan 2 :  Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu
dilahirkan.
....................................................................................................................

 

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh
mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada
bayi yang dikandung itu.
....................................................................................................................

 

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk
memperbetulkan keadaan?


Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan  itu mestilah menunggu
sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak  mengandung, barulah
mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
....................................................................................................................

 

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina  kerana pernikahan itu
tidak sah.
.....................................................................................................................

 

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk
menuntut apa-apa daripada ayahnya.
........................................................................................................................

 

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada  anak
tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya
sendiri?


Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

.........................................................................................................................

 

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau
bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang
sewajarnya?


Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga
perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
..........................................................................................................................
 

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah
saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain
sendiri?


Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab
anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan
keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan
tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.


CR copy bulat2 email ni without edit pape pun. Selama ni memang ada CR terpikir, orang2 yang terlanjur tu, yang awek dorang dah preggy tu then baru dorang pi kawen kan, SAH ke perkahwinan dorang tu??? sebab kalo tak salah CR la kan, pompuan yang hamil tu tak leh berkawen selagi dia tak bersalin dan tak kembali dalam keadaan suci.

So, bila dapat email ni, CR dah mula paham. Sekarang ni CR nak share pulak dengan uols. Tapi CR tak suruh uols terima apa yang CR share ni tau. Kalau nak yang lebih details dan tepat, buat lah research sampai rasa puas hati.


UDATED 13/09/2011 : 6.40PM: selepas wat skit research, CR rasa link INI banyak bagi input tentang topik ni.Hope uolss smua silalah baca di link tersebut agar tiada salah paham lagi lepas ni ye.. 

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

Sifat paling sempoi rakyat kita..!!

TOKYO- Beberapa penduduk Jepun menyerahkan kepada pihak berkuasa wang tunai yang ditemui mereka berjumlah £50 juta (RM246.41 juta), lapor sebuah akbar semalam. Wang itu ditemui oleh beberapa penduduk selepas gempa bumi dan tsunami melanda timur laut negara itu pada 11 Mac lalu. Sifat jujur rakyat Jepun itu didedahkan oleh media Britain. 






Sebelum ini sejumlah golongan muda didakwa di mahkamah-mahkamah di Britain ekoran kes kecurian yang berleluasa semasa beberapa bandar utama di negara itu dilanda rusuhan baru- baru ini.

Lebih 5,700 peti simpanan yang terdampar di pesisiran pantai telah diserahkan ke balai-balai polis oleh sukarelawan dan petugas penyelamat. Di dalam peti-peti berkenaan, polis menemui sekitar £20 juta (RM98.49 juta) dalam bentuk wang tunai.

Polis juga menemui wang tunai berjumlah £600,000 (RM2.95 juta) dalam sebuah peti simpanan tersebut. Menurut polis, hampir semua wang tunai yang ditemui di kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas akibat tsunami itu telah dipulangkan kepada pemilknya. Ramai yang menyimpan buku akaun dan dokumen hak tanah bersama nama serta alamat mereka dalam peti simpanan tersebut. - Agensi

 


 
Ulasan :


Di Jepun, rakyatnya begitu jujur sekali. Sanggup berbaris memulangkan duit yg dijumpai masa Tsunami lepas..

Di London, pesalah yg mencuri di premis² telah diheret ke mahkamah utk didakwa..

Tapi di Malaysia.. arrr hmmm urmmm.. tgklah gambar kt bawah ni sendiri..

 

Ini kes lori bawak beras eksiden, ramai yg dtg 'bantu' kutip beras berterabur atas jalan raya.. Ramai yg mengaut keuntungan mkn beras percuma stok sebulan.



Hahh atas ni pulak kes jip eksiden bawak duit syiling berterabur atas jalan raya.. Lagi ramai dtg 'bantu' kutip duit dari membantu mangsa..
 
Tapi yang peliknya kat bawah ni
...

 
 




 
PASAL APA TAK DA SAPA NAK KUTIP??
Sedangkan keenam² gambar di atas sama perlukan pertolongan..
??????? Hahhahaha..  :p
 

~~ C.H.O W ~~
CikRangers (CR)

ish2..syahdu syahdan nyaaaaa...

Judul Lirik Lagu: Dik


dik, aku pinta kau akan slalu setia
dik, aku mohon kau slalu menemani
saat ku tengah terluka
kala ku tengah gundah

Reff:
ku akan menjagamu
di bangun dan tidurmu
di semua mimpi dan nyatamu
ku akan menjagamu
tuk hidup dan matiku
tak ingin, tak ingin kau rapuh

dik, jangan engkau pergi tinggalkan aku
dik, ingin aku cinta dan cinta slalu
saat kau tengah terluka
kala kau tengah gundah

Back to Reff

kau akan menjagaku
di bangun dan tidurku
di semua mimpi dan nyataku
kau akan menjagaku
tuk hidup dan matiku
tak ingin, tak ingin kau rapuh


Okiessss... sila hayati bait2 lirik kat atas ni. Sangat2 tacing wokeh. Kalau nak layan feeling lagi, sila lah cari sendiri lagu ni.Hehehehe...

CR dah lama minat dengan lagu2 Wali Band ni.Bukan nak over agungkan band luar ye.. Tapi bagi CR, WB ni dia ada kelainan skit dari band2 yang lain plus vocal Paan vocalist dia pun sangat lah merdu syahdu syahdan gituuuu...

Sape2 yang ada nengok Wali Band Cari Jodoh kat Astro masa Raya dat day, sure tangkap lentok nye dengar sora Paan nyanyi live smua lagu2 hit dari WB. Paling tak boleh blah CR siap leleh air mata lagi kot masa dorang perform lagu Baik2 Sayang tu.Gile tacing sangat sampai ke qalbu. Sob..Sob..Sob... [sila kasi saye tissue untuk lap lelehan yang tubik ini..]

Kalau lah dapat future hubby yang leh nyanyi best macam Paan ni..mak aihhhh...memang nak suruh dia dodoikan tidor doplohempatjam lah... Muahahaha

Okbai... *matilahhhh..................* :p

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)

bicara anak kecik

Salam Aidilfitri ols..waaaa..gila besarang dah belog CR ni.punya la cuti raya sampai belog2 pun cuti skali nih.

Camna raya uols?? mesti hepi2 je kan. CR ada banyak gak benda nak share tapi macam malas la plak kan. So, CR just nak share skit dialog sembang2 antara CR dengan anak sedara CR smalam...


Scene KakNgah mencari alang nya..

KakNgah : Alang..alang...terjerit-jerit dak kecik tu dok cari alang..


Tok :  Alang ada dalam bilik kot..awat dok cari alang ja. Nanti alang kawen kalau kakngah takleh cari2 alang  dah..


KakNgah : Hah???? alang nak kawen??? alang mana leh kawen..ish3..tak boleh la!!!! kakngak takmau!!!


Tok : Laaa..awat lak kakngah tak bagi alang kawen? Cian kat dia tau. Nanti kalau tok mati sapa nak jaga alang..cian dia sorang2..


Alang (CR) : Haaa..awat dok jerit2 cari alang ni?? Oooo..kakngah tak bagi alang kawen eh? Pasepa alang tak leh kawen???


KakNgah : Tak leh kawen la..nanti mati..


Alang (CR) :  Haaa???awat lak orang kawen mati??


KakNgah : Ye la..nanti mati la..nanti somi alang dera alang..mati la..alang tak boleh kawen pasai alang kan kanak2 macam kakngah gak..


Alang (CR) : Somi dera?? Alang kanak2 macam kakngah??? Ayooooo... [dak kecik ni sure ingat CR ni spesis dia ni ]




Moral : Budak sekecik ini pun paham dalam perkahwinan kadang terdapat penderaan.. Hurm... renung2 kan dan selamat beramal!!!!


~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)