luahan hati sikit aje..

Lamanya tak tulis dalam belog ni.Bukak-bukak je tekejut tengok semua setting pun dah berubah. Sungguh ketinggalan zaman si CR nih.. :)

Ekceli macam-macam dah jadi kat si CR ni..dari kaki injured sampai la dah sihat sikit ni.kalau nak update dalam ni memang tak cukup entri lah. Tapi harini CR tergerak hati plak nak update belog. Tah kenapa since this few days CR sangat-sangat rasa lain je. Macam mood dah hilang ke kutub utara je.
CR cuba juga cari mood tu balik tapi tetap tak jumpa. Entah la..tak tau nak cakap macam mana lagi. Yang pasti percubaan untuk senyum untuk gelak smuanya hilang camtu aje. :(

Slalu kan kita dengar ada org cakap kalau kita tak mencari kita tak penah tahu mana adanya jodoh kita. CR dah malas sangat nak ambik port pasal ni. Tapi sometimes CR tewas juga atas desakan pihak-pihak tertentu. CR lembutkan hati yang memang sudah beku, bukakan pintu hati yang memang CR sendiri kalau boleh taknak tau kat mana kunci solex dia tu. Cuba bagi peluang untuk orang luar masuk kedalam.
Maybe percaturan yang CR buat salah. Nasib selalu tak menyebelahi CR.. Bila dah mula mengenali hati budi,tetapi ada sahaja halangan yang datang yang sama sekali CR sendiri tak tahu dari mana.

Sebagai perempuan apa lagi yang CR mampu nak buat. Cuba bagi kekuatan? sehabis boleh sudah diberi. Nak beri semangat? Apalah guna semangat diberi jika diri sendiri tidak percaya pada kebolehan dan kekuatan diri...

Arghhhhh!! Stress nya... Biar lah..selagi boleh bertahan, cuba aje untuk bertahan. kalau dah memang di tetapkan ada jodoh,buat macam mana pun tetap akan bersama. Kalau dah memang tersurat kenal untuk sementara saja, what to do...? Redha aje la kan.. :) Yang pasti hidup mesti diteruskan juga.

Alaaa..takde boipren tak mati aih..!! ahahahha..opssss!!!

~~ C.H.O.W ~~
CikRangers(CR)