petua rangers 2...

Salam Jumaat korang... Haa..macam biasa once a week sure Cik Rangers akan letak sikit petua orang2 lama dalam nih kan..
So, arini ada beberapa lagi petua yg Cik Rangers nak share dengan korang2 smua.. Jom baca.. :)


1. Menghilangkan bau mulut.. [ ni kalo sape yg agak longkang mulut dia ni, cer try lah ye.. : ]

 :: Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari ::

2. Mengurangkan kesan pecah2 di kaki..  [ ni CR rasa kat area tumit la kot.. ]

:: Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak.Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor ::

3.  Menghilangkan jerawat.. [ni kena kasitau adik gua nih..] 

::  Masukkan sebungkus daun teh   (masih hijau) ke dalam air yang mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang ::


4. Menghilangkan kesan kasar dan bintik2 itam kat muka 

:: amik buah timun, parut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam::

5. Seri muka [ lagi dan lagi pasal seri muka..hehehehe ]

::  Cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak tangan.Sapukanlah pada seluruh tubuh dan wajah anda sewaktu mandi.Kemudian tunggu beberapa saat barulah dibersihkan dengan air yang bersih.Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1 bulan :: [ tapi petai cina ni macam mana rupa dia eh?) 



Tu aje lah petua CR untuk petua ni..petua2 ni smua CR amik dari google k...kredit to owner asal petua2 ni.. Nanti next week CR share petua yg lain plak ye..

Selamat Mencoba~~~~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




~~ C.H.O.W ~~