Sayangilah payudara anda

Hurm..baca tajuk je dah rasa lain kan. Tapi entri kali ni bukan nya nak sembang2 pasal size payudara ke,apa ke kan. Entri kali ini more to Breast Cancer Awareness la. Duduk sorang2 smalam,aku tringat pulak pasal kes2 kematian yang melibatkan kenser payudara sekarang ni.
Kalo boleh,nak mintak di jauhi lah oleh penyakit ni kan.

Meh kita tengok apa tu kanser/barah payudara???


Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.


Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.


Kanser payudara ni jugak kan, terbahagi kepada 4 peringkat iaitu:

Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).

Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.

Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak.

Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.


Dua lagi contoh ditunjukkan di sini. ‘Peau d’orange’ adalah di mana kulit payudara kelihatan seperti kulit limau. Kulit limau Sunkist mempunyai lubang seperti ini, sebab itulah ianya dipanggil ‘peau d’orange’. Ini akibat bengkak di bahagian kulit seperti bendungan air di kulit. Payudara di sebelah kanan berada di peringkat menyerupai kulit limau yang lebih lanjut, dan juga terdapat kesan penarikan kulit dan puting ke dalam.


Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.


Kulit kelihatan kemerah-merahan dan tebal. Ini adalah satu contoh kanser payudara yang kelihatan seperti payudara mengalami jangkitan kuman. Ini merupakan tanda inflammasi pada kanser payudara.


Selalunya kan,orang selalu berfikiran yang kanser payudara hanya menyerang kaum wanita saja.Pada yg berfikiran begitu,sila ubah fikiran anda sekarang kerana peratusan pesakit lelaki yang menghidap kanser payudara ini semakin meningkat dari tahun ke tahun!!!!

Lebih kurang 1% daripada kanser payudara setiap tahun di Amerika Syarikat terdiri daripada kaum lelaki. Trend ini semakin menaik di Amerika Syarikat. Sebanyak 1,690 kes baru di jumpa di kalangan kaum lelaki setiap tahun (anggaran 2005), dan lebih kurang 460 akan meninggal dunia akibat penyakit ini. Kanser payudara telah meningkat sebanyak hampir 50% dalam 3-4 tahun kebelakangan ini.

Kaum lelaki tidak patut meninggal dunia akibat penyakit ini hanya kerana mereka tidak sedar penyakit ini boleh berlangsung di kalangan kaum lelaki juga. Lelaki dengan sejarah kanser payudara di kalangan ahli keluarga mesti memeriksa diri mereka dengan tetap dan berjumpa dengan doktor mereka sebaik sahaja mereka memerhatikan sesuatu perubahan. Rawatan mereka sama dengan rawatan bagi kaum hawa. Lebih awal mereka mengesan kanser mereka, lebih baik kemungkinan mereka menjalani rawatan yang berjaya.

Di negara barat, majoriti kes kanser payudara lelaki adalah di kalangan pesakit dalam lingkungan umur 50an atau 60an. Sama seperti kaum wanita, gen kanser payudara (BRCA2) juga membawa kesan kepada kaum lelaki dan meningkatkan risiko mereka menghidap kanser payudara. ->
ni di negara barat sahaja. Meh kita tengok di Malaysia pula.

Di Malaysia, Daftar Kanser Kebangsaan melaporkan 56 kes baru kanser payudara lelaki pada 2002 dan 24 kes baru pada 2003.

Pada 2002, kanser payudara dikesan di kalangan 26 lelaki Melayu, 22 lelaki Cina dan 5 lelaki India. 71% (40 daripada mereka) daripada mereka yang didiagnosis adalah berumur 50 tahun atau lebih.

Daripada 24 kes baru yang dilaporkan pada 2003, 11 adalah kaum Cina,7 adalah kaum Melayu. 71% daripada mereka berumur lebih daripada 50 tahun. ----> haaa..kan dah cakap.orang lelaki pun kena berjaga-jaga juga. (sumber di ambil dari : http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/bm/maklumat/lelaki.htm )


Ni ada 2 link yg aku leh share kalau2 korang2 semua nak tau lagi tentang breast cancer untuk orang lelaki ni.

http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/malebreastcancer.html

http://imaginis.com/breasthealth/bcmn.asp#survival


Sempena menyokong usaha membendung kanser payudara ni, aku pun ambik lah inisiatif nak siap kan entri ni. Sekurang2 nya,dengan sedikit info ni, dapat juga la memberi pengetahuan kat kawan2 yg membaca.

Bak kata pepatah "mencegah lebih baik dari merawat" kan. Marilah kita sama2 meyokong Breast Cancer Awareness Month yg serba pinkish ini.. :)


comel si DD ni kan. sayangilah aset anda wokeh. ( credit pic to beautifulnara.com)










manusia belagak!!!


Entri ni aku tulis dari crita benar tau.cian sangat kt sorang kawan aku ni sebab ari2 dia kt opis,tepaksa melayan dan menadah muka nak tgk 'jiran sebelah' dia yg mcm tuuutttt je pangai nye.

Cite nye camni.dulu aku dgn kawan aku ni 1 team.kira kami ni pun jiran sebelah menyebelah gak la. :) even aku agak senior skit dari kawan aku ni.aku still respect dia as kawan yg lebih tua dari aku.kira pangkat kakak la ni. Lama gak aku dgn dia 1 team. dekat2 3 taun gak la. Mcm2 kami share besama. dari happy dapat bonus sampai la kena maki pun kami share gak.Aku suka jadi pemBEKAP dia tau.sebab ye la.smua org ada buat salah kan.Tapi as kawan,aku sanggup la memBEKAP dia sebab tau tu bukan salah dia.

Nak di jadikan crite.Since taun lepas,aku kena tukar ke team lain.Kira ke team yg lagi mencabar hotak dan kepala aku la nak manage. (act,dlm team ni kan...aku la yg paling sengal dan lemm skit.sebab nye aku tak pandai bab2 server sgt maa..kira kanak2 baru merangkak je ni).

Oleh kerana pengCONVERTan aku ke team baru, adalah 1 makluk asing ni dpt utk ambil alih tempat aku la kt team lama ni. Act, makhluk ni dia dari team lain.Oleh dek rasa kesian yg amat sangat dgn dia(sebab dia suka cita dia kena buli dgn supervisor dia) kami pun tarik la dia join team lama aku ni.sebab aku pun da nak chow kan.. :)

Tugas2 nak ngajor makhluk ni di take over oleh kwn aku ni la.Sepenuh feeling tau dia ajor si makhluk ni. Takde 1 bende pun yang dia skip and sorok2.Kira tak nak kede ilmu la kan.tak baeekkk woo kede2 ilmu ni. Then sampai masa nya,aku pun dah mula keja dgn team baru. and si makhluk ni pun da mula take over keje2 lama aku.

Ku sangka air 100% di dalam botol,rupanya air masak di dalam nya..ewwaaah...aku ingat kan si makhluk ni betul2 leh di buat kawan la kan. rupa2 nya, dia ni propa je lebih.sungguh kekwat,bongkak,busuk hati dan mcm2 lagi la. Dengan belagak diva nye, dia leh tak betegur langsung dgn kwn aku yg betungkus lumus dok ajor dia dulu. Tak betegur 1 hal la.siap tunjuk dia best sangat2 lak tu. Kalau kita nak showoff yg kita ni best,jangan la sampai menjatuh kan org lain,itu amat lah tidak baik wokeh..sooo terukk org yg prangai camni.

huh!!bajet cun la wat muka camtu.tak baeekk tau.rezki pun lari jejauh je..senyum2 la skit k.. :)

Bukan tu je, yang wat aku betambah pelik lagi siap dorang ni bekerja takde communication. Bkan nak cakap not at all la kan,cuma takde becakap langsung.Papehal main email je.Padahal dok sebelah2 je. Bila keje takde becakap2 ni,agak susah gak la kan.lagi2 dorang nye keje related dgn user.al maklumlah kitorang ni keje kt IT Dept. Tapi dlm banyak2 sifat kebelagakKAN dia tu,aku paling tak boleh tahan bila dia pandai je bermuka2.kalo muka buku(FB) i likeee la kan.

Tapi what to do.manusia semua lain2.even kita ni merendah diri nak je tegur ajak borak bagai.tapi kalo orang dah tak mau,tak sudi,apa kita leh buat lagi kan?
So,untuk kawan aku tu.bawak2 la brsabar wokeh..cek tau ampa boleh sabaq banyak2 kan?ala..takat org buat kekwat dgn kita.apa la sangat kan.janji kita jgn jadi mcm dia sudah la.. :)


Peace no war!!! bukan kat palestin je ada war k.war tu dalam diri kita sendiri pun ada.pandai2 la kita nak lawan nye.. (^_^)